Terk3jut RM2 Hanya Boleh Beli 3 Keping Pisang Tanduk Goreng , Terbantut Selera Abang . Sebiji Potong Nipis-Nipis.

Ketika inflasi masih mel4nda negara, harga barang keperluan juga berdepan situasi turun naik.

Namun ia bukan tiket untuk para peniaga mengeksploitasi pembeli dengan mengenakan harga jualan yang mencekik d4rah.

Begitulah kisahnya untuk lelaki ini apabila hasratnya untuk menikmati pisang goreng panas terbantut kerana tindakan seorang peniaga lintah d4rat.

Perkongsian asal di Fb.

Melalui satu luahan di Fb, lelaki itu menceritakan dia bekerja sebagai seorang pemandu lori dan sebelum kejadian dikatakan sedang mencari makanan untuk mengalas perutnya yang berkeroncong.

“Aku mulakan kerja aku sebagai pemandu lori tengah hari semalam. Aku tak sempat sarapan, rasa lapar dan dahaga betul. Lepas tu aku nampak orang berniaga pisang goreng tepi jalan.

“Aku pun fikir boleh la makan ni dulu untuk isi perut kosong, aku tak tahu bila lagi masa aku akan free nak makan. Aku pun turun singgah.

“Aku cakap dekat akak peniaga tu nak pisang tanduk RM3 dan air kelapa satu. Ini memang favourite aku,” ujar lelaki itu.

Walaupun begitu, lelaki itu terkesima seketika apabila melihat peniaga itu seperti ralat dalam memenuhi pesanannya.

“Akak tu cakap okay, aku pun duduk perhati je dia masukkan pisang goreng tu ke dalam plastik. Aku nampak dia letak lima keping je pisang goreng tu, padahal aku order RM3 ni. Dia salah dengar ke?

Aku pun pernah berniaga pisang goreng, kalau jual tiga keping RM1 pun dah untung sebenarnya.

“Aku pun tanya akak tu, macam mana kira sebenarnya pisang goreng ni? Dia cakap tiga keping pisang goreng RM2. Terkejut terus aku,” kata lelaki itu terkil4n.

Seperti tidak masuk akal, lelaki itu cuba membuat perkiraannya sendiri untuk menentukan sama ada harga yang dikenakan kepadanya itu wajar.

“Cuba kita bayangkan, takkan la sekeping pisang tanduk goreng yang dipotong nipis seperti dalam gambar yang aku letak tu harga hampir 70 sen satu.

“Aku jadi musykil, adakah ia sebab faktor-faktor ini? Mungkin ke sebab minyak masak yang tak ada subsidi dan minyak paket sus4h cari.

“Atau harga pisang tu sendiri dah mahal. Boleh jadi juga sebab kos sewa tapak, tapi akak tu jual tepi jalan je. Jangan-jangan sebab harga tepung dah mahal.

Tidak kurang juga ada warga maya yang menyokong tindakan peniaga terb4bit.

“Aku macam nak buat tinjauan dekat tempat lain, adakah harga pisang goreng lebih kurang macam ni juga? Takut aku ni jenis yang tak pandai bersyukur dan pada orang lain murah je,” kata lelaki itu menutup perkongsian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya juga menzahirkan kekec3waan dengan sikap peniaga yang mengambil kesempatan.

“Peniaga tepi jalan yang jenis macam ni aku tengok perniagaan mereka tak ke mana walaupun selepas dah berpuluh tahun buka kedai. Kalau yang jenis tak berkira dan pemurah, perniagaan mereka mesti berkembang punya.

“Aku pun pernah berniaga pisang goreng, kalau jual tiga keping RM1 pun dah untung sebenarnya. Jangan sembang barang mahal la.

“Abang ni tak tahu cempedak goreng sekarang dah RM1 seketul. Keropok kering dulu sekeping 10 sen, sekarang tiga keping RM1. Pakej mahal dan tak sedap,” kata sebahagian warga maya.

Sumber:mstar