Terjumpa Wrga Emas Mengesot Nak Pergi Beli Ikan Pukul 3 Pagi , Wanita Beranikan Diri Turun Kereta Selamatkan Nenek Sebatang Kara.

Keberadaan satu ‘objek’ statik di tengah jalan seawal pukul 3 pagi pastinya menggerunkan sesiapa sahaja.

Perkara utama adalah berkaitan keselamatan kerana dibimbangi ia taktik baharu penjenayah untuk menyamun mngsa.

Namun seorang wanita memberanikan diri apabila sanggup memberhentikan kereta untuk mendekati seseorang yang tidak dikenalinya di tengah jalan.

Menerusi perkongsian video, dia menyatakan kejadian tersebut berlaku di kawasan perumahan berhampiran rumahnya di Kamunting, Taiping Perak.

“Pukul 3 pagi aku, tiba-tiba nampak something mencurigakan… aku ingatkan hantu tak ada kepala, jadi tarik nafas panjang sekejap.

“Kemudian aku perasan seorang makcik ni. Aku berhenti tanya nak ke mana… rumah di mana aku nak hantar balik sebab memang tak ada sesiapa di jalan pada waktu tu,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Pun begitu, menerusi rakaman video, jawapan yang diberikan wrga emas terbabit sedikit mengejutkan kerana dia menyatakan ingin ke pasar untuk membeli ikan.

Bukan itu sahaja, wrga emas terbabit turut menyatakan ikan di dalam bekas yang dibawanya hampir habis.

Walhal, bekas yang ditunjukkan adalah kasut.

Berkongsi cerita kepada mStar, Sarah Ghazali mengakui berasa t4kut untuk turun daripada keretanya pada waktu itu.

Namun, disebabkan ingin memastikan bahawa apa yang dilihatnya itu adalah seorang wrga emas, dia gagahkan diri untuk menghampiri.

“Banyak kali saya jenguk dari dalam kereta. Rasa was-was juga tapi tak sampai hati nak biarkan makcik tu seorang diri… awal pagi macam tu memang sunyi.

“Pada awalnya nampak macam plastik sebab warna baju dia, tapi semakin dekat barulah perasan dia orang tua.

“Jadi saya ambil telefon dan buat rakaman sebagai keselamatan diri juga,” ujarnya.

Kata Sarah, paling dibimbangi adalah nyawa makcik itu yang mungkin melayang disebabkan pemandu kereta yang leka dengan telefon bimbit mahupun mereka yang memandu laju.

Kadang-kadang dia bahasakan dirinya tok atau mak… jadi untuk memujuk, saya pun memanggilnya mak.

“Dia betul-betul duduk di tengah jalan, bayangkan kalau pemandu yang tak sedar dan menyangkakan dia adalah plastik sampah atau hantu… pasti akan terus melanggarnya.

“Masa awal berbual dengan dia, saya rasa pelik sebab dia nak beli ikan dan pada masa sama asyik ajak balik rumah ‘kita’.

“Kadang-kadang dia akan bahasakan dirinya tok atau mak. Jadi untuk memujuk, saya pun memanggilnya mak dan Alhamdulillah dia setuju untuk ‘balik’,” katanya yang turut menyedari wrga emas itu berkemungkinan sudah nyanyuk.

Kemudian, Sarah yang menyedari terdapat pusat jagaan orang tua di kawasan berhampiran terus bergerak ke lokasi tersebut dan memanggil penjaga.

Selepas memaklumkan ins1den berkenaan, makcik tersebut diselamatkan dan dibawa pulang ke pusat jagaan berkenaan.

Pun begitu, dia yang berusia 27 tahun melu4hkan rasa hairan kerana wrga emas terbabit hanya ‘mengengsot’ dan jarak yang ditemui adalah kira-kira 10 meter dari pusat jagaan.

“Dia mengengsot sahaja dari pusat jagaan tu… jauh juga dan saya rasa dia sudah lama keluar sebab dengan keadaan dia yang tak boleh berjalan dan jarak ditemui tu jauh.

“Penjaga dia maklumkan mungkin ada penghuni yang terlupa nak kunci pintu sehingga menyebabkan makcik tu boleh keluar,” tambahnya.

Dalam pada itu, Sarah yang bekerja dalam sektor swasta turut menyatakan rasa terkil4n kerana dua buah kenderaan yang ditahan enggan berhenti pada masa tersebut.

Pun begitu dia mengandaikan bahawa mereka mungkin berasa takut dan bimbang seandainya dia berniat jahat.

Video perkongsiannya menjadi tular dan ditonton lebih 670,000 pelayar.

Kebanyakan warga maya menyatakan dia seorang wanita berani kerana menghampiri wrga emas terbabit seorang diri pada pukul 3 pagi.

Sumber:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *