Tergamak Betul Tuduh Isteri Shuib M4ndul , Watie Hanafiah Tetap Syukur Ada 4 Anak Tiri.
Susulan kenyataan belum sedia menimang cahaya mata sendiri, isteri pelawak dan penyampai radio Suria FM Shuib dituduh netiz3n sebagai m4ndul.
Menjawab komen j4hat berkenaan, Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah, 35, berkata, sebagai manusia biasa dia menerima segala ketentuan ditakdirkan kepadanya berhubung soal zuriat.
Kata Watie, dia baharu sahaja tiga bulan mendirikan rumah tangga dengan Shuib dan sebagai se0rang Muslim dia percaya dengan perancangan ditetapkan Allah SWT buatnya.
Watie dituduh m4ndul oleh netiz3n.
“Saya baru tiga bulan kahwin dan saya memilih untuk merancang tapi kalau Allah bagi, Alhamdulillah… Kalau Allah tak bagi pun Alhamdulillah, saya tetap syukur,” katanya.
Watie berkongsi perkara itu sebagai membalas komen netiz3n yang mend4kwa dia mandul kerna masih belum hamil selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga.
“Cakap je lah kau tu dah m4ndul kan senang. Orang lepas kahwin mesti nak cepat-cepat mengandung tapi kau sampai sekarang tak mengandung lagi,” komen individu berkenaan.
Dalam pada itu, Watie berkata, jika ditakdirkan tidak mempunyai zuriat sendiri, dia tetap bersyukur kerana masih mempunyai empat anak tirinya.
“Ada zuriat atau pun tidak, saya sudah pun mempunyai anak sekarang.
“Semoga doa awak itu berbalik pada awak… Kalau baik maka baiklah juga untuk awak,” katanya.
Watie sebelum ini memaklumkan yang dia belum merancang atau berbincang untuk menimang cahaya mata sendiri bersama suami.
Watie berkata, ketika ini fokusnya adalah menjaga dan membesarkan empat anak tirinya yang memerlukan perhatian se0rang ibu.
Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.
Ia merupakan perkahwinan kedua buat Shuib selepas pemergian isterinya iaitu penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang mninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan C0v1d.
Hasil perkahwinan sebelum ini, Shuib dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra,9, Ariq Matin,6 dan Ayash Affan, 2 tahun.
Sumber:CT,HM