Perancangan terbaik Allah buatnya,Datin Alyah perkenal Nur Izzara kepada peminat

Datin Alyah berkongsi berita gembira apabila memperkenalkan orang baharu dalam rumah tangganya bersama pemuzik terkenal Datuk Ramli MS iaitu seorang bayi perempuan yang diberi nama Nur Izzara.

Alyan atau Nor Hasliah Abu Hasan, 43, menyifatkan dia dan suami tidak pernah mer4ncang kehadiran Nur Izzara namun menyifatkan ia perancangan terbaik dari Allah SWT.

“Nur Izzara hadir dalam hidup kami… Tidak pernah terfikir dalam perancangan kehidupan yang kami lalui dan sesungguhnya Engkaulah perancang terbaik bagi setiap hambaMu,” katanya.

Alyah berk0ngsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Selasa.

Penyanyi itu turut berkongsi beberapa foto yang diambil bersempena majlis cukur jambul dan aqiqah bayi berkenaan.

Dalam pada itu, Alyah meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang dikurniakan biarpun merasa rendah diri dengan segala kekurangan yang dimilikinya.

“Terlalu banyak kebaikan yang diberikan pada kita hingga adakala kita malu nak meminta lebih padanya kerana banyaknya dos4-dos4 kita.

“Tapi dia tahu apa yang ada jauh dalam hati kita. Engkau maha baik Ya Allah, lagi Maha Penyayang,” ujarnya.

Alyah yang kini berada di Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan ibadah Haji turut mengucapkan terima kasih buat semua individu termasuk sanak-saudaranya yang bertungkus lumus mengadakan majlis aqiqah cukur jambul Izzara.

“Terima kasih adik-beradik yang datang dari jauh, pakcik makcik juga saudara mara, ipar duai yang datang dari Singapura. Hanya Allah sahaja mampu membalasnnya,” katanya.

Untuk rekod, Alyah mendirikan rumah tangga dengan Ramli pada 2013 di Indo nesia.

Sumber:IG