Terbabit Kemal4ngan Nahas Elmina , Sekolah Anak Arwh Heikal Aras Anjur Bacaan Yasin.

Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra (SEDERAP), Kajang telah berkongsikan sebuah video di akaun Fb yang memaparkan murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan untuk menghadiahkan doa berhubung ins1den Elmina petang semalam.

Menerusi hantaran itu, sekolah tersebut sedang mengadakan bacaan Yasin bagi mngsa-mngsa yang terlibat dalam nahas pesawat ringan terhempas di lokasi tersebut.

Difahamkan, dua orang anak kepada salah seorang juruterbang pesawat Allahy4rham Heikal Aras Abdul Azim merupakan murid di sekolah berkenaan.

Pada masa sama, Guru Besar SEDERAP turut ada membuka Tabung Ikhlas bagi wrga ibu bapa atau penjaga yang berhajat untuk memberi sumbangan kepada keluarga mngsa.

“Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

“Salam takziah buat adik Suri Balqish (4 Renang) dan Rafael Dzulqairy (3 Merbau) serta keluarga atas pemergian ayahanda yang dikasihi En. Heikal Aras bin Abdul Azim.

“Justeru, pihak sekolah SEDERAP mengadakan bacaan yasin untuk dihadiahkan kepada arwh pada hari ini di dewan terbuka/tapak perhimpunan SKDPP.

“Kepada ibu bapa/ penjaga warga SEDERAP yang berhajat memberi sumbangan kepada keluarga adik Suri dan Rafael boleh berbuat demikian (Tabung Ikhlas) dengan menyerahkan kepada anak masing-masing.

“Salam takziah daripada kami warga SEDERAP,” tulis guru besar sekolah tersebut.

Allahy4rham Heikal Aras, 45, bersama tujuh lagi individu yang menaiki pesawat ringan Beechcraft Model 390 (Premier 1) nombor pendaftaran N28JV selain dua orang awam terk0rban di tempat kejadian.

EXCO Kerajaan Pahang dan ADUN Pelangai, Datuk Seri Johari Harun, 53, antara terlibat dalam nahas pesawat yang dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang itu sebelum terhempas kira-kira jam 2.45 petang.

Sumber: Fb Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra & search , OMM