Tenangnya Orang Kelantan Hadap Banjir , Ramai Kagum Makcik Ni Berdamai Dengan Takdir . Sikit Pun Tak Merungut

Setiap kali tibanya bulan Disember, masyarakat di negeri-negeri Pantai Timur pastinya akan bersiap sedia untuk menghadapi benc4na banjir.

Bagai dijangka, benc4na yang dianggap seperti acara wajib tahunan itu sekali lagi melanda pada Selasa, meng4kibatkan ribuan penduduk di Pahang, Kelantan dan Terengganu terjejas.

Menjengah ke media sosi4l, mngsa banjir di negeri terlibat turut berkongsi pelbagai video yang memaparkan paras air serta kerosakan yang berlaku di kawasan mereka.

Namun, sebuah video melibatkan seorang wanita yang sedang mengharungi air banjir di Kelantan paling mencur1 tumpuan sehingga menjadi topik perbualan netizen di laman TikT0k.

Meskipun dilanda musibah, wanita yang sudah berusia itu dilihat tenang mengharungi air pada paras dada di kawasan kampungnya, malah dia juga kedengaran sedang ketawa ketika dirakam.

“Tarikh 26.12.2023. Akhirnya kena juga… dia (banjir) datang dengan tak sedar. Tapi Alhamdulillah la, setakat ini pun dah tak apa.

Inilah orang ada iman… bukan (asyik) salahkan kerajaan.

“Nak buat macam mana? Mari, mari… mari nak berenang ni,” ujar wanita itu riang sambil berjalan mengharungi air di kawasan rumahnya.

Video yang dikongsi Ida Kamaruzaman itu hingga kini meraih lebih 117,000 tontonan di aplikasi TikT0k.

Di ruangan komen, ramai net1zen memuji wanita itu yang masih tenang dan sabar meskipun kawasan kampungnya ditenggelami banjir.

“Kita dengar daripada mulut dia tenang je. Tapi kita tak tahu apa perasaan dia apabila tengok rumah tenggelam air. Hebat makcik ni tabah, berkata-kata dengan gelak ketawa.

“MasyaAllah, saya kagum dengan orang Kelantan. Reda dengan ujian Allah. Ujian demi ujian tetap senyum.

“Walaupun dalam keadaan sedih tapi masih bersyukur makcik ni. Semoga dipermudahkan,” tulis beberapa netizen di ruangan komen.

Families at Kampung Talak in Tumpat, Kelantan being evacuated by boat as flood waters rise in their area.

Banjir hujung tahun di Pantai Timur merupakan satu perkara biasa bagi masyarakat di sana. -Gambar hiasan

Dalam pada itu, netizen di TikTok turut membuat perbandingan antara sikap wanita itu dengan sebilangan individu yang menyalahkan kerajaan negeri Kelantan atas bencana yang menimpa.

“Reda sebab memang rutin hujung tahun. Siapa perintah kerajaan mana pun memang tak boleh lawan takdir Allah. Sabar semua warga Pantai Timur.

“Inilah orang ada iman. Bukan (asyik) salahkan kerajaan. Tukar kerajaan pun banjir juga sebab setiap hujung tahun akan hujan.

Sumber:mstar