“Teknik Passing Bawah Sikit Dari David Beckham” Patut Hebat Main Bola Sepak , Alif Satar Pernah Jalani Latihan Bersama MU.
Penyanyi dan pengacara Alif Satar berkongsi kenangan lama pernah menjalani latihan bola sepak bersama kelab terkemuka iaitu Manchester United di England.
Cerita Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 33, dia tidak dapat melupakan momen indah beraksi bersama bekas pemain pasukan itu iaitu Wes Brown pada tahun 2000.
Sepanjang tempoh latihan itu, dia juga mendapat bimbingan daripada jurulatih Paul Scholesy.
Alif anggap pengalaman waktu kecil sangat berharga.
“Saya kata pernah berlatih denga ManU (Manchester United) ada orang percaya? Kenangan sekitar tahun 2000 hingga 2001.
“Antara detik yang menarik saya dapat belajar heading dengan Wes Brown dan shoot bola dengan Scholesy. Epik!” katanya.
Alif berkongsi kenangannya itu menerusi satu hantaran di Instagram pada Khamis.
Dia turut memuat naik gambar sijil menyertai latihan bersama kelab berkenaan ditandatangani oleh bekas pengurus pasukan iaitu Alex Ferguson.
Menurut Alif sejak kecil lagi dia aktif mengikut latihan bola sepak tempatan sehingga namanya dipilih menjadi salah seorang pemain untuk mendapatkan bimbingan kelab dari England itu.
Malah dia turut berseloroh memberitahu teknik bermain yang dimilikinya hampir sama seperti pemain sensasi David Backham.
“Kalau bercakap tentang bola sepak, agak istimewa sikit sebab saya pandai bermain. Saya boleh berlari tanpa henti dan teknik passing bawah sikit dari Beckham.
“Semasa kecil, setiap hujung minggu ayah hantar masuk latihan boleh di bawah Kelab Bola Sri Rampai. Masa itu pemilihan bawah 12 tahun dan saya antara 70 budak yang terpilih untuk berlatih bersama Man Utd,” ceritanya.
Alif bagaimanapun berkata dia tidak dapat dapat merakamkan gambar-gambar kenangan sesi latihan berkenaan.
Sumber:HM