Tangan kiri faizal halim tiada tindak balas , kini dalam pemantauan rapi
Pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim dilaporkan telah disimbah asid dalam satu kejadian di Damansara, pada Ahad lalu.
Difahamkan, Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey mengalami cedera di bahagian badan, tangan dan muka.
Terdahulu, Faisal telah dihampiri oleh dua individu tidak dikenali sebelum disimbah as1d dan dikejarkan ke sebuah hspital swasta di Petaling Jaya. Kemudian, beliau dipindahkan ke hspital di Shah Alam.
Pada mulanya tahap kelecuran yang dihadapi Faisal berada pada tahap dua, namun tindak balas yang kuat mengakibatkan tahap kelecuran pada badan pemain itu meningkat kepada tahap empat.
Dalam pada itu, Astro Arena melaporkan Faisal kini dipantau rapi oleh pihak hospital selepas tangan kirinya mengalami kecederaan teruk akibat insiden berkenaan.
Tiada tindak balas tangan belah kiri, Faisal Halim kini dalam pemantauan rapi.
Dengan kecederaan lecur 4th degree pemain kesayangan kita tidak
mampu terima ramai pelawat untuk elak sebarang jangkitan kuman dari berlaku.
Menurut laporan tangan kiri Faisal tidak menunjukkan tindak balas dan pemain itu sedang berada dalam pemantauan rapi.
Faisal kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tidak dibenarkan menerima ramai pelawat demi mengelakkan jangkitan kuman.
Sumber:hm