Mak cik ‘ikat perut’ nak ke Tanah Suci dapat tajaan ahli perniagaan untuk tunai umrah
Kisah seorang mak cik yang mengikat perut selama 15 tahun nak ke Tanah Suci bakal tercapai selepas luahannya viral di media sosi4l susulan terkandas disebabkan kegagalan pengurusan syarikat pengendali umrah.
Dalam perkongsian yang dibuat TikT0ker dikenali sebagai Jalil Razak, dia telah memuat naik perbualan dengan mak cik dikenali sebagai Maimun Sarajul, 60 untuk bertanya tentang kisahnya yang gagal ke Tanah Suci pada waktu yang ditetapkan sebelum ini.
Selepas mendengar apa yang dinyatakan, Jalil seakan sebak dan menyatakan akan menghubungi semula wrga emas tersebut bagi menyampaikan berita gembira.
Difahamkan, terdapat ahli perniagaan yang sudi menaja mak cik terbabit bersama anak dan cucunya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi menunaikan umrah pada Februari nanti.
Selain mak cik tersebut dan lima ahli keluarganya, seorang wrga emas dari Pulau Pinang juga turut mendapat tajaan bagi sama-sama ke Tanah Suci selepas menjadi mangsa kegagalan pengurusan syarikat pengedali umrah berkenaan.
Susulan daripada itu, TikToker telah mengucapkan terima kasih kepada beberapa pihak yang memberikan sumbangan untuk
membawa keluarga mak cik tersebut serta seorang lagi warga emas dipanggil pak ngah kerana bermurah hati menerbangkan mereka ke Tanah Suci.
Tetamu Allah dijemput ke sana
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas positif dengan menyatakan setiap yang berlaku pastinya mempunyai hikmah yang tak terhingga daripada Allah S.W.T.
Mereka juga akui sebak dengan berita gembira ini dan berharap agar urusan mereka semua dipermudahkan kelak.
Terdahulu, lebih 300 jemaah didapati terkandas susulan sebuah syarikat pengendali umrah gagal menerbangkan mereka yang nak ke Tanah Suci disebabkan beberapa faktor.
Disebabkan itu, jemaah dan ahli keluarga telah berkampung di pejabat syarikat berkenaan bagi menuntut bayaran yang telah dibuat susulan kegagalan mereka menunaikan umrah pada tarikh yang sudah ditetapkan.
Sumber: HM