Tampil Cantik Berbusana Putih , Mizz Nina Adakan Majlis Resepsi Di Kuala Lumpur.

Selepas hampir tiga bulan bernikah, penyanyi dan aktivis kemanusiaan Mizz Nina akhirnya melangsungkan majlis resepi bersama pasangannya Essam Muhammad di sebuah acara tertutup malam tadi.

Difahamkan, majlis tersebut diadakan di sebuah ruang acara bertempat di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh ahli keluarga serta kenalan rapat.

Perkara itu dikongsikan di akaun Ig seorang jurusolek, Fazz Ariffin yang memaparkan foto hasil tata rias ringkas yang menaikkan seri wajah wanita berusia 43 tahun itu.

Dalam pada itu, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman tampil kelihatan anggun dalam persalinan berwarna putih hasil rekaan pereka fesyen tempatan Ezzati Amira.

Para tetamu yang hadir tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar ketika pasangan mempel4i itu masuk ke dalam dewan menuju ke pelamin.

Sementara itu, sal4h seorang rakan Mizz Nina iaitu Ili Zuhair Amdan yang hadir di majlis tersebut turut menzahirkan ucapan tahniah serta sempat menitipkan doa agar pas4ngan itu kekal bahagia hingga ke syurga.

Untuk info, anak kepada tokoh perbankan terkemuka Tan Sri Azman Hashim itu mengejutkan pengikut di Instagram dengan mengumumkan dirinya sudah berk4hwin dengan penyanyi rap berasal dari Amer1ka Syarikat.

Terdahulu, pengasas aplikasi Qalby itu pernah mendirikan rumah tangga bersama vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh pada tahun 2011 namun berpisah secara baik selepas 11 tahun hidup bersama.

Sumber: Ig Fazz Ariffin, Ili Zuhair Amdan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *