“Takkan La Dekat Luar Pakai Tudung , Berlakon Buka Pula?”Pemandu E-Hailing Salah Orang , Julia Farhana Disangka Wanna Ali
Julia Farhana berkongsi momen dan situasi janggal apabila dirinya disangka aktres Wanna Ali.
Cerita Julia atau Juliana Farhana Marin, 29, sewaktu menggunakan perkhidmatan kenderaan awam, pemandu e-hailing berkenaan tersalah menyangka dia adalah Wanna.
Kata Julia, dia terkejut kerana pemandu itu tidak dapat membezakan penampilannya yang bertudung, sedangkan di televisyen Wanna tidak memakai tudung.
“Adakah awak (pemandu) serius? Itu ialah Wanna Ali. Takkanlah dekat luar pakai tudung, berlak0n buka pula? Common sense la aiyo.
“Secara peribadi, sejujurnya Wanna dan saya kelihatan sangat berbeza. Sangat sangat berbeza tau… Macam mana ada yang boleh keliru?” katanya.
Julia berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.
Dalam pada itu, Wanna turut memuat naik semula hantaran yang dibuat oleh Julia dan berkata ia merupakan satu pujian yang diberikan kepada aktres berkenaan.
“Babes, dia (pemandu) maksudkan itu sebagai satu pujian,” ujarnya.
Nama Wanna menjadi sebutan selepas lakonan mantapnya bersama Alif Satar menerusi drama Bukan Sekadar Lafaz yang baharu selesai ditayangkan di saluran TV3 dipuji penonton.
Bukan Sekadar Lafaz merupakan drama adaptasi novel terbitan Pencil Pictures Sdn Bhd yang turut menampilkan lakonan Yuna Rahim, Malek Mccrone, Mia Nasir, Wanns Ahmad, Razzuan Rosli dan Ahmad Idham.
Sumber:Mstar