Takde La Anak Tanya Kenapa Tak Jemput Dia Pergi Majlis “Shila Amzah”

Penyanyi terkenal, Shila Amzah telah pun kembali bergelar isteri apabila sah menjadi suri hati influencer, Ubai pada 5 Ogos yang lalu.
Majlis pernikahan mereka yang berlangsung di The Boathouse Ampang, Kuala Lumpur itu dihadiri oleh sahabat handai dan juga ahli keluarga kedua-dua pihak telah berjalan dalam suasana yang sederhana namun meriah.
Bergambar dengan anak
Selepas beberapa hari bergelar pasangan suami isteri, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 33 telah berkongsi gambar sewaktu duduk di pelamin bersama suami serta anaknya hasil perkahwinan terdahulu, Seth Uwais.

Anak ada sama atas pelamin
Menerusi gambar yang disertakan, pelantun lagu Bahagiakan Dia itu telah menulis kapsyen lucu dengan mengatakan bahawa apabila Seth besar, tidaklah dia bertanya mengapa dirinya tak diajak sewaktu majlis perkahwinan ibunya.
“Lepas ni tengok gambar kahwin, takde lah Seth tanya kenapa tak invite dia datang wedding,” selorohnya.
Ucap terima kasih kepada semua
Dalam pada itu, Shila dan Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli turut mengucapkan terima kasih di atas semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan majlis pernikahannya tempoh hari.
Untuk rekod, Shila Amzah pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki pada 2018 sebelum sah bercerai pada 8 Februari 2022 setelah empat tahun bergelar suami isteri.
Hasil perkongsian hidup, mereka telah menimang seorang cahaya mata lelaki dikenali sebagai Seth Uwais yang dilahirkan pada 31 Ogos 2019.
Sumber: Ig shilaamzah