Tak Tahu Jantina Anak Hingga Lahir , Syamimi Kongsi Momen Hamil “Nak Scan 6D,4D Waktu Tu Tak Mampu Lagi”
Proses kehamilan menjadi detik terindah bagi semua ibu. Biarpun penuh onak dan duri selama sembilan bulan, pelbagai ragam namun itulah detik paling membahagiakan wanita.
Pempengaruh media sosi4l, Syamimi yang cukup disenangi dengan aura positifnya di Tik T0k tidak terkecuali melalui detik indah ketika mengandungkan anaknya, Malik empat tahun yang lalu.
Walaupun diketika itu hidupnya tidak senang seperti orang lain, namun dia melalui detik kehamilannya dengan baik.
Kongsi Syamimi lagi, ketika mengandungkan Malik, dia ketika itu tidak bekerja malah suami juga menjadi pemandu e-hailing yang membuatkan segala keinginan agak terbatas.
Malah akui Syamimi lagi, disebabkan kekangan kewangan waktu itu, dia memadamkan hasratnya untuk melakukan imbasan bayi sekaligus tidak pernah mengetahui jantina bayi di dalam kandungannya.
“Sebenarnya saya tak tahu apa jantina anak saya sebab masa tu pendapatan kami hanya bergantung kepada suami sebab saya tak bekerja. Suami pula bawa Food Panda.
“Jadi nak scan 6D atau 4D tu memang kami tak mampu.
“Pergi ke Klinik Kesihatan mengharapkan saya boleh nampak jantina anak saya waktu itu tapi tak boleh nampak.
“Masa dalam operation theatre tu d0ktor tanya nak tengok anak ke, jadi waktu itulah baru saya tengok anak saya,” kongsi Mimi bercerita.
Tambah ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi, dek kerana tidak tahu jantina anak, dia dan suami membeli peralatan bayi berwarna putih sahaja.
“Waktu itu saya beli warna selamat, putih atau krim sahaja,” katanya lagi.
Malik bagi kekuatan masa hamil
Ketika ditanya momen sewaktu hamil, Syamimi berkongsi kisahnya ketika mahu mengambil gambar bayi yang sedang bergerak dalam perut.
“Bila saya nak ambil gambar perut tengah bergerak dia terus akan diam. Jadi setiap kali nak ambil gambar mesti tak jadi.
“Tapi bila saya duduk santai, relaks atau tengah mengaji ke barulah dia bergerak.
“Tapi yang paling ketara sekali kalau saya sedih, saya boleh rasa dalam perut seolah-olah Malik cakap pada saya, “Mama jangan sedih. Mama you have to be strong”.
“Jadi saya rasa waktu itu kekuatan Malik datang dari saya dan dalam masa yang sama, saya pun bagi kekuatan itu pada dia juga dalam perut. Itulah momen yang paling saya tak boleh lupakan,” ceritanya lagi.
Sumber:hm