Tak sengaja terjumpa, gadis sebak dapat peluk mak cik persis arwh ibu

Gadis sebak dapat peluk mak cik persis wajah ibunya apabila baru-baru ini secara kebetulan merakam wajah wrga emas berkenaan yang ditemui di sebuah pasaraya.

Menerusi posting yang dibuat benaffiq, dia telah berkongsi momen sewaktu mempertemukan wanita dikenali sebagai Ain dalam rancangan Malasysia Hari Ini (MHI) dengan wrga emas yang dirakam olehnya tempoh hari.

Dapat dilihat Ain dan adik beradiknya tidak dapat menahan air mata bersalaman dan memeluk wrga emas terbabit kerana begitu merindui kehadiran ibu mereka yang telah tiada.

Dalam rancangan tersebut, pada awalnya Ain terbabit diundang untuk menceritakan hantaran yang dibuat di TikT0k berkenaan perkongsiannya, namun pihak MHI telah memberi kejutan dengan menghadirkan wrga emas yang dikenali sebagai Mak Cik Katijah.

Masing-masing tidak dapat menahan tangis dan mengambil peluang bersalaman serta memeluk Mak Cik Katijah yang hadir ditemani menantunya.

Menerusi beberapa gambar arwh ibu wanita tersebut, memang jelas ada kemiripan antara mereka berdua dari segi wajah dan fizikal mereka.

Ramai turut menangis tonton pertemuan tersebut
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menyatakan rasa sebak melihat pertemuan tersebut lebih-lebih lagi melibatkan adik-beradik yang begitu merindui arwah ibunya.

Mereka juga mengakui bahawa memang ada kemiripan antara ibu pengguna Tikt0k terbabit dengan warga emas berkenaan sehingga membuatkan mereka adik beradik begitu terkejut sehingga menitiskan air mata.

Sumber: TikT0k

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *