Tak sempat sambut ‘birthday’, net1zen tersentuh luahan anak Mohd Shahrizan

Tak sempat sambut ‘birthday’ bersama bapa, netizen tersentuh membaca luahan daripada anak salah seorang mngsa yang

mninggal dunia dalam nahas helikopter terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut iaitu Pegawai Waran II TMK (AQM), Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh anak kepada Allahyarham Mohd Shahrizan dikenali Aizad memberitahu hasratnya untuk menyambut ulang tahun kelahirannya bersama bapa ‘musnah’ kerana hero kesayangannya sudah kembali ke negeri ‘abadi’.

Tak sempat sambut ‘birthday’

“Kelmarin adalah ulang tahun kelahiran dia (Aizad), dan hari ini (semalam) dia berdepan dengan situasi ini.

“Harap awak kuat menghadapi semua ini. Ayah dia janji nak sambut ulang tahun kelahiran pada hujung minggu ini. Ya Allah, sedihnya,”petik ayat dalam gambar dikongsikan olehnya.

Baru nak makan kek bersama
Meskipun hasratnya untuk makan kek bersama bapanya tidak tercapai, remaja itu bagaimanapun berterima kasih atas segala bakti yang dicurahkan sepanjang hayat bapanya.

“Papa, semalam birthday Aizad. Baru nak makan kek sama-sama dengan papa.

“Terima kasih hero keluarga dan perwira negara. Al-fatihah,”luahnya dalam sebuah hantaran di TikT0k.

Happy birthday Aizad, awak kuat!
Nukilan luahan remaja itu menyentuh hati warganet dan rata-rata dalam kalangan mereka meninggalkan ucapan ‘birthday’.

Mereka juga mendoakan agar remaja itu terus kuat meneruskan kehidupan pada masa akan datang.

Terima kasih papa jaga makan minum kami..

Sumber: TikT0k @jadmacho

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *