Tak Sangka Bisnes Nasi Lemak Tepi Jalan Lumayan , Suami Berhenti Kerja Di Restoran Fast Food Demi Palestin . Percaya Rezeki Allah.

Penindasan yang berlaku di Palestin ketika ini dek kekej4man Isrel ternyata meninggalkan kesan mendalam kepada majoriti masyarakat dunia termasuk Malaysia yang prihatin tentang isu kemanusiaan.

Pelbagai cara dilakukan bagi membantah kekej4man Zi0 nis serta menunjukkan solidariti terhadap Palestin, antaranya menyertai himpunan, menderma serta memboikot barangan yang mempunyai kaitan dengan Isrel.

Justeru tindakan nekad yang diambil seorang lelaki ini ternyata meraih perhatian ramai.

Tanpa disangka, keputusan untuk berhenti kerja di sebuah restoran makanan segera akhirnya mengundang rezeki yang sama sekali tidak terlintas di fikirannya.

“Suamiku decide untuk berhenti kerja di sebuah restoran makanan segera. Kita cuba jual nasi lemak utara pula. Sebungkus RM2.

“Hari pertama niaga dapat jual lima bungkus, hari kedua jual 21 bungkus. Hari ketiga FYP di TikT0k. Ya Allah ramainya orang baik. Order masuk untuk infaq saja hampir 800 bungkus. 

Alhamdulillah,” demikian perkongsian yang dibuat seorang pengguna Fb bernama Shafiya Lyanis.

Gerai nasi lemak Shafiya dan suaminya terletak di Taman Alai Indah, Melaka.

Perkongsian tersebut bukan sahaja meraih lebih 2,600 shares di Fb, malah turut tular di platform X dan TikT0k.

Menurut Shafiya Lyanis Shah Jehan, suaminya Humaidi Aminudin menyuarakan hasrat untuk berhenti kerja di restoran makanan segera berkenaan ekoran terkesan dengan penindasan yang berlaku di Palestin.

“Sudah lebih enam tahun suami bekerja sebagai staf di restoran makanan segera tersebut. Hari-hari melihat penindasan yang berlaku pada saudara kita di sana membuatkan dia nekad mahu berhenti.

“Apabila melibatkan nama syarikat, suami risau pendapatan yang diperolehnya tidak berkat. Walaupun saya ada buat bisnes katering kecil-kecilan juga secara sambilan, tapi saya akui t4kut dan was-was pada mulanya.

“Iyalah, kami ada anak kecil dua orang. Dengan komitmen lain seperti rumah dan kereta lagi. Tapi suami dan keluarga meyakinkan bahawa rezeki Allah tu luas,” katanya.

Wanita berusia 27 tahun ini berkata, pada mulanya dia dan suami berhasrat mahu menjual menu lain namun disebabkan harga barangan yang tidak menentu, akhirnya mereka memilih untuk menjual nasi lemak.

“Hari pertama, hanya lima bungkus terjual. Masa tu fikir, boleh ke bertahan? Tapi kami teruskan dan hari kedua terjual 21 bungkus. Saya saja buat posting di media sosial untuk mempromosikan jualan kami.

Ada yang menulis, tindakan suami adalah jihad yang besar… Ya Allah, menangis baca komen netizen berbilang bangsa.

“Memang terkejut apabila selepas posting itu, WhatsApp bertalu-talu masuk dan ramai yang nak infaq. Hari ketiga hampir 800 bungkus dan hari keempat dah 1,000 bungkus.

“Apabila dapat mesej ramai nak infaq, saya menangis… Ya Allah, begini sekali Dia nak beri rezeki lain kepada kami.

“Nasi lemak yang diinfaq ini kami bagi percuma di gerai berhampiran bus stop Taman Alai Indah setiap pagi kecuali Sabtu dan Ahad, serta diagihkan dekat masjid-masjid. 

Orang ramai boleh ambil tanpa limit, cuma jangan sampai membazir,” ujarnya yang menetap di Teluk Mas, Melaka.

Disebabkan terlalu ramai insan yang ingin menginfaqkan nasi lemak jualannya, Shafiya berkata buat masa ini dia terpaksa menghadkan bilangan nasi lemak kepada 300 setiap hari kerana kekangan tenaga.

“Hanya saya dan suami yang buat semuanya. Selain kekangan tenaga, ia juga bertujuan untuk jaga kualiti,” ujarnya.

Tidak menyangka perkongsiannya mendapat sambutan yang di luar jangkaan, Shafiya turut meluahkan rasa terharu apabila mendapat sokongan serta pujian ramai.

“Ada yang menulis, tindakan suami adalah jihad yang besar. Ya Allah, menangis apabila baca komen-komen netizen yang berbilang bangsa.

“Dalam kalangan yang mahu infaq ini ada juga influencer tapi ramai tak nak dikenali. Alhamdulillah, ramai mahu tumpang meraih pahala.

“Apa yang boleh saya katakan, yakinlah dengan rezeki Allah. Niat kita nak berubah untuk ke arah lebih baik, nak cari rezeki yang berkat, insya-Allah akan dipermudahkan,” akhirinya.

Sumber:HM