Tak Sampai Tiga Minggu Hantar , Pengasuh Cu4i Sampai Kepala Bayi Usia Lapan Bulan Retak.

Se0rang ibu meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila k3s mengenai anak lelakinya yang disyaki menjadi mngsa d3ra pengasuh masih dipandang sepi meskipun sudah tiga bulan membuat lap0ran.

Kes dari bulan April

Menerusi bebenang dimuat naik ibu dikenali @nuri_ririnx, dia berkata kejadian mal4ng tersebut menimpa anaknya yang pada ketika itu berusia lapan bulan dan ia berlaku kurang daripada tiga minggu dihantar ke rumah pengasuh.

“Sampai bila la Nifael nak dapat keadilan macam ni? K3s dari bulan April, letak di rumah pengasuh tak sampai tiga minggu. 

Dia mengalami keretakan pada tengkorak kepala, pendar4han dalam otak dan pendar4han bagi kedua-dua belah mana (shaken baby syndrome).

“Sekarang sudah memasuki bulan Julai. Siasatan sangat perlahan, penat em0si,”luahnya sambil menyertakan beberapa foto dan tangkapan layar.

Baru hantar sebab baru pindah dari Teluk Intan ke Ipoh

Cerita wanita itu, dia dan suami menghantar anak ke rumah pengasuh berkenaan pada 20 Mac 2023 sebelum Nifael mengalami simpt0m munt4h-munt4h dan dibawa ke klinik pada 5 April 2023.

Dia berkata, keadaan anaknya pada ketika itu sudah l3su dan disahkan ‘dehydrated’. Namun, apa yang membuatkan hati seorang ibu s4kit adalah reaksi pengasuh berkenaan seakan tidak sedar akan situasi berkenaan.

“Kami ada maklumkan pada pengasuh dan beritahu Nifael muntah-muntah. Dan kalau tengok, Nifael pada ketika itu pun sudah lain. 

Tapi, aku pelik ya, pengasuh ini macam tidak perasan anak aku lain macam (lesu).

“Dan, dia kata Nifael tak ada munt4h sewaktu di rumah dia, padahal di rumah memang Nifael munt4h sahaja,”katanya.

Anak dis3rang sawan, pukul 1 tengah hari tak minum susu lagi

Katanya, keadaan bertambah par4h apabila anak lelakinya dis3rang sawan segera ke rumah pengasuh dan dibawa terus ke hspital.

Dan, dia sendiri terkejut sebaik sahaja pengasuh anaknya memaklumkan kali terakhir bayi tersebut minum susu adalah pada jam 8 pagi dan pada ketika itu sudah menunjukkan pukul 1 tengah hari.

“Semasa nak intubate, d0ktor tanya bila kali terakhir Nifael minum susu. Kemudian aku tanya pengasuh, dia kata Nifael tidak minum susu lagi di rumah dia. 

Jam masa tu pukul 1 petang ya di hspital. Bermaksud anak aku dibiarkan tidur tanpa diberi minum susu pun,”ded4hnya.

D0ktor kesan ada pendar4han dan retakan kepala

Mengulas lanjut, ibu bayi berkenaan mendedahkan d0ktor telah mengesan terdapat kesan ret4kan dan pend4rahan di bahagian kepala sehingga terpaksa melakukan pemb3dahan dengan kadar segera pada malamnya.

“Selepas intubate, doktor syak ada tr4uma hentakan dan terus bawa melakukan CT scan. Keputusan menunjukkan ada pend4rahan dalam kepala dan retak. Malam itu juga d0ktor buat pemb3dahan segera untuk mengeluarkan cecair dan d4rah dalam kepala.

“Semasa di wad kecem4san, doktor dah tanya ada j4tuh atau tidak di rumah, memang tak j4tuh. Doktor syak ada pend3raan di rumah pengasuh. Terus suami pergi ke rumah pengasuh dan bertanya. M4salahnya dia (pengasuh) cakap tak j4tuh.

“Tapi, masal4hnya sebelum anak aku kena sawan, memang aku dah nampak ada kesan leb4m dan calar di mulut dia. Nasib baik aku ambil gambar. 

Bila aku tanya pasal leb4m, barulah dia beritahu Nifael ada ters3mbam, bukan sekali ya, tapi berkali-kali! Siap cakap anak aku tak sama macam anak orang lain.

“Peng4suh dakwa Nifael lain dari yang lain, hanya disebabkan umur dia 8 bulan dan belum boleh duduk sendiri dan pandai berdiri. Sedih.

“Dan, umur ini Nifael belum merangkak lagi. Ya, aku memang kecil hati dan insecure dengan apa yang dia cakap. Aku tahu je anak orang lain laju. 

Ia cuma aku cuma beri ruang dan masa kepada Nifael untuk membesar. Tidak mengapa jika lambat sikit, asalkan sihat,”luahnya lagi.

Kongsi perkembangan anak

Sampai sekarang ada tiub dalam kepala anak, ibu ambil cuti separuh gaji

Anak baru boleh meniarap dan duduk

Sementara itu, wanita berkenaan berkongsi pengasuh terb4bit seakan mempersoal mengenai perkembangan anaknya yang memasuki usia sembilan pada ketika itu.

Ibu bayi berkenaan berharap anaknya mendapat keadilan setimpal dan k3s berkenaan dapat segera diselesaikan.

Sumber: Twitter @nuri_ririnx via omm