Tak Perlu Pun Masuk Kelas Sifu Bisnes , Siswi UITM Ini Mampu Miliki Produk K0smetik Sendiri , Sambil Belajar Pun Boleh Buat Sales Rm30,000 Sebulan.
Angan-angan itu sememangnya percuma, tetapi bukan bermakna tidak boleh menjadi realiti.
Begitulah halnya tentang seorang gadis yang berminat untuk bersolek sejak kecil, kini berjinak-jinak dalam perniagaan k0smetik.
Namun perjalanannya bukan semudah yang disangka, apatah lagi gadis yang berasal dari Kuala Perlis, Perlis ini masih mengikuti pengajian di sebuah universiti tempatan.
Sara (kiri) bersama ibu.
Berkongsi cerita kepada mStar, Sara Nurshazana Shahrudin tidak pernah merahsiakan mengenai tabi4tnya yang suka bersolek sejak belajar di tadika.
Mesra disapa Sara, katanya minat itu dipengaruhi ibunya, Roziyana Ramli kini berusia 41 tahun yang gemar bersolek dan menjaga penampilan diri.
“Saya suka tengok ibu dari muda sehingga sekarang pandai menjaga kecantikan. Minat untuk berhias itu dipengaruhi daripada ibu.
“Mula-mula tengok cara ibu mekap dan dia ajar saya bersolek. Sekarang saya belajar sendiri pelbagai teknik solekan menerusi video tutorial di YouTube,” katanya ketika dihubungi mStar.
Mencuba pelbagai bisnes seperti baju, kopi dan kosmetik.
Berusia 21 tahun, Sara kini merupakan pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Sungai Petani di Kedah.
Selepas tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), gadis ini mula mencari duit poket sendiri dengan melakukan pelbagai jenis perniagaan secara kecil-kecilan pada 2020.
Belajar dan duit sama-sama penting.
“Saya pernah menjual kopi dan baju serta produk-produk kosmetik keluaran peniaga lain. Tapi kecenderungan saya lebih kepada barangan k0smetik.
“Tidak dinaf1kan berniaga produk kosmetik ini amat mencabar sebab terdapat saingan sengit dengan banyak produk baharu yang cepat keluar di pasaran,” ujarnya yang juga model sambilan.
Sara juga merupakan model sambilan.
Anak sulung daripada tiga beradik itu meng4kui bukan mudah untuk belajar sepenuh masa sambil menjana pendapatan.
“Bapa saya pemandu lori dan ibu suri rumah, jadi saya tidak mahu membeb4nkan mereka daripada segi kewangan. Jadi, saya perlu mencari duit sendiri dengan berniaga.
“Alhamdulillah saya ada produk k0smetik keluaran sendiri dengan jualan bulanan paling tinggi RM30,000,” katanya sambil menambah produk sunscreen paling ‘laku keras’.
Perniagaan kosmetik begitu sebati dalam diri Sara.
Kerap melakukan penstriman video secara langsung di TikTok dengan tutorial mekap dan penggunaan produk kosmetik, Sara bersyukur kerana dia dapat menimba banyak ilmu perniagaan semasa belajar di UiTM.
Bagi gadis yang gemar mengembara ini, pelajaran dan kewangan kedua-duanya sama penting.
“Belajar dan duit sama-sama penting. Kalau nak belajar, beli buku dan perbelanjaan pengajian memerlukan duit. Kalau tak belajar, tak dapat pengalaman, macam mana nak menguruskan bisnes.
“Saya masih bergelar pelajar, jadi tak mampu ikut kelas sifu bisnes yang mana kosnya tinggi untuk belajar tentang pengurusan kewangan dan perniagaan.
“Tapi sebagai pelajar juga saya menggunakan ilmu yang ada untuk menguruskan kewangan dan bisnes. Nanti bila dah ada bisnes sendiri, dah ada akauntan sendiri,
saya masih boleh mengendalikan kewangan tanpa perlu risau kena tipu,” katanya yang mahu mengembangkan bisnesnya ke peringkat lebih tinggi.
Sumber:mstar