Semua tak dapat tahan sebak, 11 beradik banjir air mata jamah kek disuap ibu
Tular video 11 beradik banjir air mata sewaktu menjamah kek yang disuap ibu betul-betul membuatkan ramai sebak apabila mereka juga tidak dapat menahan diri dari menangis.
Momen tersebut dikongsikan pengguna TikT0k dikenali sebagai bahagiaaisyah apabila memuat naik video mereka sekeluarga mengadakan hari keluarga bersama ibu mereka yang kini berusia 82 tahun.
Dalam video tersebut, masing-masing mengambil tempat mengikut urutan dalam adik beradik untuk disuap kek oleh ibu tersayang walaupun ada di antara mereka sudah memasuki usia warga emas.
11 beradik banjir air mata sebelum peluk cium ibu tersayang
Setiap daripada mereka dilihat tidak dapat menahan sebak apabila menjamah kek yang disuap sebelum menangis sambil mencium ibu tersayang yang sudah dimamah usia.
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila rata-rata akui tidak dapat menahan tangis menonton video berkenaan kerana teringatkan ibu bapa sendiri.
Mereka juga mendoakan agar ibu kepada pengguna TikT0k terus diberi kesihatan yang baik.
Semoga video yang dikongsi dapat membuatkan kita lebih menghargai ibu bapa tersayang dan terus menjaga hubungan kasih sayang hingga di akhir usia mereka nanti.
Sumber: hm