“Tak Berani Nak Tegur , Takut Kena M4ki”Mangkuk Lusuh Pula Jadi Isu , Pelanggan Geli Nak Makan Cendol Di Gerai Ikan Bakar Viral.
Cerita tentang seorang peniaga ikan bakar di Perlis yang did4kwa bersikap bi4dab terhadap pelanggan terus mendapat perhatian ramai.
Terbaharu seorang individu tampil mempersoalkan pula mengenai tahap kebersihan di premis makanan tersebut.
Menerusi satu perkongsian, seorang wanita berkongsi pengalaman menjamu selera di gerai berkenaan dengan menunjukkan keadaan mangkuk cendol yang digunakan untuk dihidang kepada pelanggan.
Mana tidaknya, mangkuk itu kelihatan berdaki atau seperti lusuh akibat warna terhakis kerana sudah lama digunakan.
Selain mencampakkan duit, peniaga berkenaan did4kwa menengking pelanggan.
Rakaman berdurasi 12 saat yang pada mulanya menunjukkan keadaan mangkuk di atas meja kemudian beralih ke arah gerai tersebut di seberang jalan.
Dia bagaimanapun tidak berani menegur mengenai mangkuk yang diberi kepadanya kerana bimbang akan mengalami nasib yang seperti pelanggan lain yang pernah dim4ki.
“Tak mahu cakap apa. Sat lagi tegur kena marah pula,” tulisnya secara ringkas.
Video itu meraih lebih tiga juta tontonan di TikT0k dan segelintir net1zen terkejut menyaksikan rakaman tersebut.
“Tu dia… mangkuk makanan kucing aku lawa dan bersih. Ni nak bagi makan kat orang.
“Macam mana hangpa boleh makan kat situ? Tengok mangkuk tu pun dah seram,” komen net1zen.
Pelanggan lain berkongsi pengalaman ketika menjamu selera di gerai sama.
Terdahulu, seorang pelanggan wanita meluahkan rasa kesal dan bertindak menegur peniaga di kedai berkenaan agar melayan pelanggan dengan baik.
Berang ditegur, peniaga wanita itu datang ke arah sekumpulan pelanggan di meja makan dan mencampakkan duit sebelum menengking mereka.
“Hang anak dara lagi buat perangai elok-elok sikit. Hang bayar RM8 dekat aku, hang nak cakap lebih kurang.
“Setakat RM8 hang ni aku tak hairan, pelanggan aku ramai lagi. Hang cakap elok aku bagi elok, hang cakap tak elok muka hang jah4nam,” kata peniaga tersebut dengan nada menengking.
Susulan video yang tular, nampaknya bukan pelanggan wanita berkenaan dan rakan-rakannya sahaja mengalami nasib seperti itu.
Menerusi semakan di enjin carian Google, ia mended4hkan gerai tersebut sering menerima review rendah daripada pelanggan.
Kebanyakan maklum balas negatif sejak beberapa bulan lalu tertumpu kepada sikap dan layanan peniaga termasuk servis yang kurang memuaskan.
Review pelanggan terhadap servis gerai tersebut.
Sementara itu, seorang lelaki yang mendakwa sebagai anak kepada peniaga itu tampil menceritakan insiden tercetus apabila pelanggan turut menegur ibunya dengan menengking.
Mengaku anak sulung kepada wanita itu, dia membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kejadian yang berlaku melibatkan ibunya.
“Ramai nak penjelasan daripada kami, saya sebagai anak sulung bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Saya tahu banyak kekurangan diri saya dan juga staf.
“Apa yang berlaku dijadikan pengajaran buat saya dan ibu serta staf,” katanya.
Sumber:Mstar