Tahniah Remy Ishak Dah Jadi Bapa , Isteri Selamat Bersalin Anak Sulung.
Isteri pelakon Remy Ishak iaitu Ezza Yusof selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka kira-kira pukul 11.17 pagi Khamis di Hspital Gleneagles Kuala Lumpur.
Berita gembira itu dikongsi sendiri Remy atau Mohammad Zalimei Ishak, 41, menerusi Instastory miliknya.
Remy bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut mengenai jantina anak mereka.
“Assalamualaikum, Alhamdulillah isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi bertarikh 27 Julai 2023 di Hspital Gleneagles Kuala Lumpur,” katanya.
Remy sebelum ini berkongsi Ezza sudah dimasukkan ke wad.
Remy turut memaklumkan isteri dan anaknya dalam keadaan yang sihat sekali gus berterima kasih atas doa orang ramai terhadap mereka.
“Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik. Terima kasih di atas kiriman doa dan ucapan tahniah. Sekian, terima kasih,”ujarnya.
Sebelum ini, Remy sempat memuat naik keadaan isterinya sedang berada di katil hspital dan memaklumkan Ezza akan melahirkan pada bila-bila masa.
Pada Mac lalu, Remy mengesahkan isterinya sedang h4mil sekali gus menjawab teka teki peminatnya.
Untuk rek0d, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan.
Sumber:mstar