Tahniah! Isteri Harris Annuar bersalin awal dua minggu, beri nama anak perempuan Aura Medina
PELAKON Harris Annuar berkongsi berita gembira isterinya, Asha Merican selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Pakar KPJ Perlis pada Ahad kira-kira pukul 11.51 malam.
Harris atau nama sebenarnya Mohammad Harris Shahrul Annuar, 30, berkata, isterinya bersalin awal dua minggu selepas doktor mendapati sudah ada tanda-tanda kelahiran.
Bagaimanapun, Asha terpaksa melahirkan bayi sulung itu secara pembedahan selepas proses kelahiran normal g4gal.
Harris teruja kini bergelar seorang bapa.
“Isteri saya dijangka bersalin pada 10 April depan, tetapi beberapa hari lepas telah menunjukkan tanda kelahiran dan terdapat bukaan sebanyak dua sentimeter.
“Saya terus bawa dia ke h0spital dan doktor berikan induce. Namun, masih gagal untuk bersalin normal dan doktor buat keputusan untuk melakukan pembedahan, lagi pun bayi sudah cukup matang untuk dilahirkan,” katanya ketika dihubungi mStar.
Dalam pada itu, Harris memberitahu isterinya membuat permintaan untuk melahirkan anak di Perlis kerana ingin dijaga oleh ibunya sepanjang tempoh berpantang.
Dia juga meluahkan rasa syukur kerana bayi dan isterinya kini berada dalam keadaan baik dan sepakat memberikan nama puteri sulung mereka sebagai Aura Medina.
“Kami memang sudah berada di Perlis untuk membuat persediaan bersalin. Asha memang mahu melahirkan di sini kerana mahu ibunya menjaga sewaktu berpantang.
“Alhamdulillah, bayi dan isteri saya baik-baik saja. Kami memberikan nama Aura Medina dan syukur bayi kami sihat dengan berat 2.76 kilogram,” ujarnya.
Sementara itu, pelakon filem Pulau ini turut meluahkan rasa sebak dan tidak menyangka kini sudah mempunyai seorang cahaya mata.
“Saya sebenarnya tak menyangka dah jadi seorang ayah. Perasaan sebak, rasa nak menangis semua ada. Biasalah Harris Annuar kan.
Harris dan Asha berkahwin pada Jun tahun lalu.
“Tapi apa-apa pun saya bersyukur semuanya sudah dipermudahkan dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan isteri dan anak saya,” katanya.
Untuk rekod, Harris mendirikan rumah tangga bersama Asha pada 11 Jun 2022 selepas empat tahun menjalin hubungan cinta.
Sumbar; Mstar