Tahniah Ayu Damit Selamat Bersalin Anak Keempat , Baby Girl Lahir Awal Daripada Jangkaan

Penyanyi Ayu Damit selamat mel4hirkan anak keempat di sebuah pusat perubatan di Selangor pada pagi Sabtu.

Bayi perempuan seberat 2.3 kilogram itu dilahirkan secara normal pada pvkul 1.21 pagi.

Menurut Ayu atau Norayu Damit, 33, bayi tersebut dilahirkan lebih awal daripada tarikh jangkaan.

“Alhamdulillah… baby tak sabar nak keluar dari tarikh sepatutnya. Sepatutnya bersalin 19 Disember ini, tetapi semalam sudah rasa s4kit dan pergi buat pemeriksaan.

“Tak sangka pula baby nak keluar awal,” katanya .

Meskipun sudah berpengalaman dengan tiga cahaya mata sebelum ini, namun kelahiran kali ini cukup berbeza.

Dia juga memaklumkan tidak akan mengambil tempoh rehat terlalu lama kerana ada tugasan yang perlu dilakukan.

“Sudah lapan tahun tiada anak kecil. Jadi kali ini rasa macam sambut anak pertama. Syukur semuanya selamat dan bayi sihat.

“Saya akan rehat untuk berpantang sahaja. Lepas itu akan kembali bekerja,” ujarnya.

Sementara itu Ayu memaklumkan akan berkongsi wajah dan nama anaknya itu seminggu selepas kel4hiran.

“Nama dah ada. Tetapi suami kata tunggu seminggu dahulu. Kami pun ikut cakap orang yang lebih arif supaya tidak terlalu awal berkongsi wajah anak,” jelasnya.

Untuk rekod, Ayu mendirikan rumah tangga dengan Syed Fauzi pada 2009 dan dikurnakan tiga orang cahaya mata iaitu Syed Nashrul Haikal, 14, Sharifah Alya Aryana, 11, dan Syed Aqif Najmi, 8 tahun.

Sumber:Mstar,HM