Tahniah Aril Pilus Dan Isteri Timang Anak Kedua , Mohon Doakan Isteri Lalui Proses Pembuangan Fibr0id Dan Rahim.
Tahniah buat penyanyi dan pengacara, Aril Pilus dan isteri, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin selamat menimang cahaya mata kedua mereka.
Kehadiran malaikat kecil itu selepas lapan tahun menunggu pastinya memberikan seribu rahmat buat pasangan tersebut.
Pun begitu, menerusi posting di Ig miliknya, Aril menyatakan keadaan isteri kesayangan masih belum dalam keadaan baik.
“Assalamualaikum, syukur atas kurniaan ALLAH SWT, isteri saya selamat melahirkan baby manja jam 10:20 pagi, alhamdulillah, walau bagaimanapun, keadaan isteri saya masih belum dalam keadaan baik.
“Kesan daripada pendarahan yang tak berhenti akibat daripada ketumbuhan (fibr0id) yang melekat dibahagian servik dan rahim menyukarkan proses untuk pendar4han berhenti,” ujarnya.
Tulisnya lanjut, setelah mendapat nasihat daripada doktor, Puteri Erma Edlinda dimasukkan ke bilik bedah sekali lagi.
“Setelah mendapat nasihat daripada d0ktor, isteri saya sekali lagi dimasukkan ke dalam OT (dewan bed4h) untuk proses pembuangan fibr0id dan rahim.
“Doakan isteri saya selamat dan kembali sihat seperti sedia kala… amin
“Ya ALLAH, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang reda dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu,” titipnya.
Moga Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus kuat dan Puteri Erma Edlinda kembali sembuh seperti sedia kala.
Aril mendirikan rumah tangga bersama isteri, Puteri Erma Edlinda pada 20 Disember 2013 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Tun Adriel Mikael, 8.
Sumber:Hm