Penyanyi Syura Badron mohon doa, suami melecur teruk akibat letupan gas memasak
Syura Badron mohon doa orang ramai akan kesejahteraan suaminya, Muhammad Farizat yang sedang menerima rawatan di hspital akibat melecur teruk.
Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron memaklumkan suaminya melecur di bahagian muka, kaki dan tangan gara-gara letupan tong gas.
Jelas penyanyi berusia 38 tahun itu, kejadian itu berlaku sewaktu mereka berada di sebuah tempat penginapan di Perlis pada Jumaat lalu.
“Assalammualaikum, dengan berat hati saya ingin maklumkan bahawa suami saya, Farizat telah dimasukkan ke hspital kerana melecur teruk di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan gas memasak.
“Kejadian berlaku di tempat penginapan kami di Perlis pada Jumaat malam yang lepas,”katanya
Dalam hantaran yang sama, pelantun lagu ‘Nazam Berkasih’ ini memohon orang ramai untuk mendoakan agar suaminya dikurniakan kesembuhan.
“Mohon doa dari semua semoga diberikan kesembuhan buat suami dan diberikan kekuatan menghadapi ujian Allah ini.
“Semoga ada hikmah yang baik disebalik ujian ini, Allah maha baik,” katanya lagi.
Dalam masa sama, pelantun lagu Ego itu menyifatkan suaminya sebagai lelaki hebat yang pernah dikenalinya kerana masih mampu tersenyum walaupun sedang menahan kes4kitan.
“Buat suami saya, awak lelaki yang sangat hebat pernah saya jumpa.
“Dalam menahan s4kit awak masih lagi mampu tersenyum untuk saya dan anak-anak.
“Terima kasih sebab bertahan dan semoga Allah angkat sakit yang awak rasa dan diberikan kesembuhan secepatnya, semoga jadi asbab pahala yang besar untuk awak,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis berharap agar Syura tabah dengan ujian ini dan mendoakan agar suaminya diberikan kesembuhan.
Sekadar info, Syura dan Farizat mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Umar Eussof yang kini berusia satu tahun.
Sebelum ini, Syura juga pernah berkahwin dengan Mohd Fadhly Md Yassin namun rumah tangga mereka berakhir dengan penceraian pada Ogos 2015.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdina, 17, Nurul Qaisara Sofia, 15, dan Muhammad Irfan Aryan, 13 tahun.
Sumber: hm