Syukur Mia Ahmad dan Izham Tarmizi selamat timang anak keempat

Mia Ahmad yang juga isteri kepada penjaga gol Johor Darul Takzim, Izham Tarmizi selamat timang anak keempat mereka yang merupakan bayi lelaki pada petang Isnin lalu.

Menerusi perkongsian tersebut, Izham memaklumkan yang anak keempat mereka adalah lelaki dan telah dilahirkan pada 5.30 petang, Selasa.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya sepanjang proses kehamilan dan bersalin.

“Syukur alhamdulillah. Isteri saya selamat melahirkan anak keempat pada pada pukul 5.30 petang, semalam (kelmarin).

“Terima kasih yang mendoakan. Semoga semuanya dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Alhamdulillah, tahniah!
Perkongsian tersebut yang dibuat oleh penjaga gol berusia 33 tahun itu turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada kenalan dan juga peminat mereka.

Rata-rata mendoakan agar puteri tersayang membesar menjadi anak yang solehah serta berbakti kepada ibu bapa.

Untuk rekod, Mia Ahmad atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi dan Izham Tarmizi telah melangsungkan pernikahan pada 13 Januari 2017.

Pasangan itu turut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sayf Issa, Iriss dan Imaani.

Sumber: Ig Izham Tarmizi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *