Spekulasi bernikah benar, Syasya rizal sudah selamat bergelar isteri

foto mirip bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya melangsungkan pernikahan tersebar, ramai tertanya-tanya sama ada perkara itu benar atau sebaliknya.

Wakil syarikat rakaman Universal Music Malaysia bagaimanapun mengesahkan Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 23, sudah selamat bergelar isteri pada Sabtu lalu.

Meneruso foto yang tersebar memaparkan Syasya manis mengenakan baju berona putih sedang duduk di tepi seorang lelaki memakai baju Melayu di dalam sebuah masjid.

Foto itu diambil dipercayai selepas kedua-duanya sah bergelar suami isteri.

Susulan itu, peminat mula mengucapkan tahniah kepada Syasya dan suami.

“Tahniah Syasya. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Kepada suami awak, please jaga Syasya kita orang baik-baik okay. IDolla love her and miss her so much,” katanya.

Bagaimanapun tiada sebarang kemas kini mengenai acara pernikahan tersebut di akauan Instagram penyanyi berkenaan.

Pada 8 April lalu, Syasya mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan Dolla diatas sebab peribadi yang tidak dapat didedahkan.

Sumber:hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *