Suhaimi Saad Selamat Dikebumikan , Rakan Rindu Sisi Lucu Arwh Dan Berjaya Didik Akhlak 4 Anak.
Jnazah penyanyi Suhaimi Saad selamat dikebum1kan di Tanah Perkubur4n Islam Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor kira-kira pukul 9.30 pagi Khamis.
Allahy4rham Suhaimi atau Suhaimi Mohd Saad, 43, sebelum itu
dimandi dan dikafankan di Hspital Sultan Ismail, Johor Bharu pada malam Rabu sebelum dibawa pulang ke rumah keluarganya di Kota Tinggi untuk solat jnazah.
Anggota kumpulan InTeam iaitu Rahim memberitahu, kira-kira 150 jemaah hadir melakukan solat jnazah buat Allahy4rham.
“Solat jnazah dibuat sebanyak dua kali iaitu di hspital sebelum dibawa ke kediaman keluarga Allahy4rham.
“Alhamdulillah ramai datang solat jnazah tadi, sekitar 150 orang,” katanya .
Suhaimi mninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru kira-kira pukul 7.42 malam pada Rabu selepas dimasukkan ke hspital berkenaan pada 4 November lalu.
Bercerita mengenai sahabatnya itu, Rahim atau Abdul Rahim Osman, 43, berkata, Suhaimi merupakan seorang yang berpewatakan ceria selain suka menghiburkan orang lain.
Jelas Rahim, gaya percakapan dan riak wajah lucu Suhaimi juga sudah cukup membuatkan orang di sekelilingnya terhibur.
“Dia seorang yang sangat baik. Dia suka menghiburkan ketika kami dalam Inteam dan arwah sentiasa menceriakan suasana.
“Dia (lawak) bukan pada perkataan tapi gaya dan cara dia bercakap termasuk riak wajahnya pun kita boleh ketawa,” ujarnya.
Sementara itu, Rahim berkata, Suhaimi seorang bapa yang pandai mendidik empat anaknya dan kesemua mereka mempunyai akhlak yang baik.
“Kalau tengok anak-anak arwah pun, sangat bagus… baik-baik semuanya. Arwah memang seorang bapa yang baik dan berjaya mendidik anak-anaknya,” katanya.
Untuk rekod, Suhaimi mendirikan rumah tangga dengan Ina Naim pada 12 Ogos 2007 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Salman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9 tahun.
Suhaimi mula aktif menyanyi pada tahun 1999 dengan menyertai kumpulan InTeam.
Sumber:HM