Suhaimi Saad Mningg4l Dunia Jam 7.42 Malam Di Hspital Sultan Ismail , JB

Bekas ahli kumpulan In-Team, Suhaimi Saad dimaklumkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 7.42 malam tadi di Hspital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Mninggal dunia pada 7.42 malam

Hal ini dinyatakan FB Munsyid Malaysia dengan menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga allahy4rham disamping mendoakan agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Rakan2 Suhaimi Saad maklumkan pemergian

Tak hanya itu, rakan-rakan kepada allahy4rham juga turut memaklumkan khabar duka ini di media sosi4l masing-masing dengan menzahirkan rasa sedih diatas pemergian penyanyi nasyid berkenaan.

Inteam ucap takziah diatas pemergian Suhaimi Saad

Laman Fb rasmi kumpulan In-Team juga turut memuat naik berita sedih ini dengan mendoakan agar allahyarham Suhaimi

ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh serta berharap supaya orang ramai dapat menyedekahkan al-Fatihah kepada allahyarham.

Terdahulu, isteri kepada Suhaimi Saad, Ina Naim mengakui yang suaminya berada dalam keadaan kurang sihat dan telah dimasukkan ke hspital.

Difahamkan, 0rgan dalaman allahy4rham gagal berfungsi dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan sepenuhnya.

Dalam pada itu, Ina juga memaklumkan yang Suhaimi sempat meminta maaf diruangan TikT0k kepada semua orang dan berterima kasih diatas pengenalan mereka.

Untuk rekod, Suhaimi berkahwin dengan penyanyi, Ina Naim pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Sumber: Fb Munsyid Malaysia, Inteam, Therealmosus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *