Sudah lama tahan s4kit, benjolan belakang badan punca Achey masuk h0spital

PELAWAK Achey terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Batu Pahat, Johor susulan terdapat benjolan di bahagian belakang tubuh badan angg0ta kumpulan Bocey berkenaan.

Salah se0rang ahli kumpulan itu, Fad memberitahu rakan baiknya itu sudah menjalani ujian pengimejan resonan magnetik (MRI) dan sedang menunggu keputusan bagi mengetahui punca dan rawatan susulan.

“Dia sudah lama ada benjolan itu dan ada ketikanya ia memberi kesan sehingga menyebabkan rasa s4kit.

“Alhamdulillah Achey dalam keadaan baik cuma masih menunggu keputusan MRI,” katanya kepada mStar.

Achey sedang menanti keputusan MRI.

Fad berkongsi keadaan Achey ketika ditemui pada sidang media Muzika Lawak Nusantara yang berlangsung di Petaling Jaya pada Rabu.

Fad memberitahu pengalamannya berdepan dengan masaah slip disc sebelum ini juga antara faktor dia memaksa Achey membuat pemeriksaan bagi mengetahui punca benjolan tersebut.

Bagaimanapun katanya, Achey belum membuat keputusan sama ada mahu melakukan pembedahan bagi membuang benjolan tersebut dan menunggu laporan MRI.

“Sebelum ini saya dah pernah kena slip disc, jadi saya tahu bagaimana rasa sakitnya dan sebab itu saya nasihat Achey pergi h0spital dan buat pemeriksaan.

“Sebarang rawatan lanjut masih belum diputuskan. Saya pun belum dapat bercakap lanjut dengan Achey,” katanya.

Achey sebelum ini ada memaklumkan menerusi Instagram dia dimasukkan ke hospital namun tidak mendedahkan puncanya.

Sumbar; Mstar