Sudah Ada Suami Dan Anak , Cikgu SMK Kantoi Bercinta Dengan Pelajar Tingkatan 5
Cikgu SMK kantoi main cinta dengan pelajar tingkatan lima apabila ahli keluarga pelajar tersebut mended4hkan hubungan mereka di media sosi4l.
Dah tegur tapi masih lagi menganggu
Menerusi akaun X pengguna dikenali sebagai Bellinda, dia dan keluarga telah memberi amaran kepada guru wanita berkenaan agar tidak menggangu pelajar tersebut namun mereka masih lagi menjalinkan hubungan.
Ujar pengguna X itu, dia terpaksa menularkan tindakan guru berkenaan kerana masih lagi menjalinkan hubungan dengan adiknya walaupun laporan p0lis sudah dibuat.
Menurutnya, sebelum mebuat laporan polis, mereka sekeluarga telahpun memberi amaran dan memaklumkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), namun seakan tidak berhasil apabila mereka masih lagi bertemu.
Guru SMK kantoi main cinta, siap ada panggilan mesra
Beberapa tangkapan layar perbualan guru berkenaan dengan remaja berusia 16 tahun itu juga
didedahkan bagi membuktikan mereka memang menjalinkan cinta walaupun pendidik tersebut merupakan seorang isteri dan juga ibu kepada empat orang cahaya mata.
Meluah perasaan tanpa segan silu
Bellinda menyatakan tujuan dia memuat naik perkongsian tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa tidak semua guru ikhlas
mendidik dan ibu bapa perlu lebih berhati-hati supaya anak-anak tidak menjadi mangsa guru yang tiada sikap profesional dalam pekerjaan.
Walau bagaimapun, hantaran yang dibuat pengguna X itu sudah dipadam dan akaun-akaun media sosial guru terbabit juga lesap selepas dirinya viral di media sosi4l.
Sumber: X ntshbll