Suami Rasa Bahagia Dapat Kahwin Cikgu , Tiap-Tiap Bulan Isteri Cover Duit Belanja . Paling Untung Disuruh T4nggung Keluarga Bercuti

Suami isteri yang saling melengkapi antara satu sama lain merupakan kunci kebahagiaan rumah tangga.

Mana-mana wanita pasti mahu suami yang bert4nggungjawab termasuk daripada segi perbelanjaan bulanan rumah tangga.

Namun perkahwinan wanita ini tidak semudah yang disangkakan, meskipun dia dan suami memperoleh gaji yang hampir sama.

Menurut wanita itu, dia berkhidmat sebagai guru, manakala suaminya mencari rezeki di sebuah kilang.

“Gaji kami berdua lebih kurang sama sebab aku pun masih baru membina kerjaya. Suami aku akan beri aku RM700 sebulan untuk bayar sewa rumah RM400, bil air dan elektrik RM100, kutu dia RM200.

“Bil-bil lain seperti penapis air, netflix dan lain-lain aku bayar. Mas4lah di sini, suami aku akan beli barang dapur tidak melebihi RM150 sebulan.

“Kos barang dapur hampir RM400 sebulan, ini bermakna aku tanggung RM250 sebulan,” katanya menerusi satu luahan di grup Fb.

Menurut wanita itu, jumlah berkenaan tidak termasuk kos makan di luar yang perlu ditanggungnya.

“Aku ada kereta, jadi setiap kali keluar kami akan naik kereta aku. Sudah tentu minyak kereta dan tol pun aku bayar sendiri walaupun balik ke kampung dia.

“Aku akan masakkan bekal setiap hari untuk suami pergi kerja. Petang dia balik kerja pun aku masakkan juga,” ujarnya.

Apa yang lebih dikesalkan apabila dia juga perlu men4nggung kos ketika dia dan suami bercuti bersama keluarga mentua.

Menurutnya, suami sendiri seperti melepaskan t4nggungjawabnya tanpa rasa bersalah.

“Baru-baru ni kami bercuti dengan keluarga dia, yang geramnya aku juga kena bayar makan satu famili dan bayar homestay. Aku jadi tak ikhlas min.

“Mula-mula aku fikir sedekah tapi lama-lama aku mula sakit hati dengan suami aku. Aku rasa dipergunakan sepenuhnya oleh dia,” tambahnya.

Banyak beri peluang, jadi suami naik lemak.

Bukan sekadar itu, hampir kesemua perabot dan barangan elektrik di dalam rumah dibelinya menggunakan duit gaji sendiri.

Suami yang sepatutnya memberi nafkah, tetapi berbeza pula dengan kehidupannya apabila dirinya dijadikan sebagai ‘bank’ setiap bulan.

“Aku rasa nak halau je dia. Dah la deposit rumah sewa pun duit aku. Dia bayar sewa bulanan je. Kalau tak cukup duit hujung bulan akan minta dengan aku juga,” katanya dalam pertimbangan untuk berpisah dengan suami.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan sikap suaminya yang ‘lepas tangan’ dan sengaja mengambil kesempatan ke atas kebaikan isteri.

“Banyak beri peluang, jadi suami naik lemak. Lepas ni cakap tak duit dah. Simpan ‘ketat-ketat’ duit sendiri untuk masa kecemasan saja.

“Tengok nanti lama-lama makin naik lemak, lepas tu terus jadi biawak hidup sebab dah sedap guna duit bini. Orang macam ni tak layak jadi suami sebab tak ada rasa t4nggungjawab.

“Awal-awal kahwin dah buat kau macam bank dia. Sendiri mahu ingatlah. Nak hidup dengan dia lama lagi tu. Sayangilah diri sendiri dulu,” demikian antara komen netizen.

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *