Suami Mana Akan Jumpa Di Syurga Andai Wanita Nikah Kali Kedua Selepas Kem4tian Suami? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Setiap Muslim yang berkahwin pasti mahu hubungan mereka kekal hingga ke akhir4t. Namun timbul pula kekeliruan dalam kalangan kaum Hawa siapakah yang akan menemani mereka di syurga andai berkahwin kali kedua selepas kematian suami.

Menerusi video yang dimuat naik di TikT0k, seorang individu bertanya tentang status suaminya ketika berada di dalam syurga kelak.

Betulkah kalau suami meninggal, kemudian kahwin lagi maka kita tidak akan jumpa lagi suami pertama itu di syurga?

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar kemudian menerangkan tentang keadaan yang akan dilalui setiap manusia ketika berada di dalam syurga.

Semua ahli syurga tetap akan berjumpa sama ada yang kita kenal atau yang tidak pernah kenal malah kita akan saling berkenal-kenalan.

Kita akan berada dalam keadaan yang seronok, apatah lagi keluarga. Tiada juga rasa cemburu dan marah di dalam syurga.

Dalam masa yang sama, Ustaz Azhar menjawab tentang suami yang mana akan menemani isteri di syurga berdasarkan penjelasan yang pernah diberikan oleh Nabi Muhammad SAW.

Nabi jawab, suami yang paling baik dengan isterinya (akan bersama di syurga) ketika di atas dunia.

Sumber: TikT0k