Suami Kepada Pelakon Amyza Aznan Kembali Kritik4l , Terpaksa Ditidurkan Kali Kedua

Suami kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Khairil Idzhar Md Nazir terpaksa ditidurkan sekali lagi di Hspital Ampang, Selangor selepas keadaannya kembali kritik4l pada petang Selasa.

Amyza, 46, berkata dia baru sahaja menerima khabar tersebut daripada pihak hspital dan meminta orang ramai mendoakan kesembuhan untuk suaminya.

“Suami saya perlu ditidurkan buat kali kedua, saya baru dihubungi pihak hspital memaklumkan perkara itu.

“Keadaan dia agak kritik4l dan doktor beritahu suami sudah berada tahap 50-50.

“Saya t4kut dan hanya mampu berdoa agar dia diberi kekuatan untuk menempuh ujian ini,” katanya.

Dalam pada itu, Amyza juga meluahkan rasa terkilan apabila dia tidak dapat menemani suaminya sepanjang sebulan berada di hspital berikutan kes C0vid yang semakin tinggi.

Kata Amyza, kali terakhir dia melawat Khairil, suaminya itu dalam keadaan lemah selain tidak mampu untuk berbual dengan baik.

“Kalau boleh saya nak berada di sisi suami sepanjang dia dirawat di hospital, tapi pihak hospital maklumkan kes C0v1d semakin tinggi dan saya tidak dibenarkan berada disampingnya.

“Jadi saya terpaksa berulang-alik untuk berjumpa suami. Saya sangat sedih melihat keadaannya.

“Sejak dia mula sedar dia nak bercakap pun sangat susah kerana keadaannya yang sangat lemah dan tidak berdaya,” katanya.

Pada Disember tahun lalu, Amyza memaklumkan terpaksa membuat keputusan sukar bagi menyelamatkan nyawa suaminya selepas dia ditidurkan akibat ses4k nafas.

Bagaimanapun selepas dua hari ditidurkan Khairil telah sedarkan diri namun dijangkiti C0vid membuatkan dia masih memerlukan rawatan rapi.

Sebelum ini, Khairil pernah dimasukkan ke ICU di sebuah pusat perubatan swasta pada Disember 2017 akibat ser4ngan jantung.

Untuk rekod, Amyza dan Khairil mendirikan rumah tangga pada 2003 dan hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Andre Mikhail, 17, Adrian Adam, 15, dan Ayden Andika, 9.

Sumber:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *