Suami Kepada Noniswara Iaitu Bapa Mertua Kepada MK K-Clique Mninggal Dunia Pada Malam Ahad.

Suami kepada aktres Datin Seri Noniswara Baharuddin iaitu Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad mninggal dunia pada malam Ahad.

Perkara itu disahkan oleh aktres berkenaan dalam satu hantaran di media sosi4l miliknya.

Nonis, 54, berkata, jenazah suaminya akan dimandikan dan disembahyangkan di masjid Mustaqim, Ampang Selangor pukul 8.30 pagi Isnin sebelum dibawa ke kampung halamannya di Kuala Krau, Temerloh, Pahang untuk dikebum1kan.

Aktres itu berkahwin dengan usahawan berkenaan sejak tujuh tahun lalu yang merupakan perkahwinan ketiganya.

Untuk rekod Sheikh Nordin juga bapa mertua kepada penyanyi MK K-Clique dan dia turut berkongsi hantaran berupa ucapan takziah mengenai berita sedih itu.

Pada 16 Jun lalu, MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, dan Siti Hajaar sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor.

Apa yang menarik mengenai Allahyarham, beliau membina sebuah rumah agam iaitu Dato’ Syeikh Residences di Kampung Batu Gading, Temerloh inspirasi daripada beberapa buah bangunan yang terdapat di Asia Barat, Turki, China dan Uzbekistan.

Rumah itu dijadikan sebagai pusat tahfiz dan sekolah agama untuk penduduk kampung dan keluarga yang mahu anak-anak mereka mendalami ilmu agama Islam masing-masing sebagai bekalan dunia dan akhir4t.

Sumber:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *