Suami Isteri Tanpa Zuriat Kecil Hati Tauke Kedai Tanya Pasal Anak,Rupanya Senasib Malah Lebih Teruk Diuji

Memiliki zuriat merupakan impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.

Seperti wanita ini, dia juga berharap dikurniakan cahaya mata bagi menyerikan lagi ikatan perkahwinan yang sudah terjalin selama kira-kira tiga tahun.

Meskipun bahagia bersama pasangan tercinta, namun ujarnya, perasaan tertekan kadang kala muncul disebabkan orang sekeliling yang gemar bertanya.

“Saya singgah kedai kenalan suami, di akhir perbualan kawan dia tanya masih berdua ke?

“Kami pun jawab masih berdua, insyaAllah ada rezeki nanti bertiga,” luahnya memulakan bicara.

Tidak dinafikan soalan tersebut antara ungkapan yang s3nsitif buat pasangan yang belum mempunyai zuriat.

Bagaimanapun, dia yang pada awalnya berkecil hati kembali ceria selepas pemilik kedai itu menceritakan situasi yang sama.

Lebih mengejutkan apabila usia perkahwinan pasangan tersebut mencecah 20 tahun.

Namun kedua-dua mereka masih setia dan bahagia melakukan pelbagai aktiviti bersama tanpa kelihatan tertekan.

Ada anak ni penat dia Allah sahaja yang tahu, bukan tak bersyukur tapi memang rezeki masing-masing.

“Dia cakap kami dah 17 tahun berdua. Enjoy setiap detik dengan pasangan, jangan stres.

“Apabila difikirkan kembali, terimbas kisah Nabi Zakaria menunggu anak selama 80 tahun,” ujarnya kembali ceria.

Aktif menjalankan bisnes makanan bersama suami, dia mengakui kebanyakan masa sering dihabiskan bersama kucing peliharaan.

Luahannya itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakannya memberikan reaksi positif dan mendoakannya cepat menimang cahaya mata.

Tidak kurang juga yang turut berkongsikan pengalaman menunggu kehadiran cahaya mata selama beberapa tahun.

“Saya pun tiga tahun masih berdua. Masih enjoy bercinta, luang masa naik motosikal ronda-ronda tengok KLCC dan keluar travel tanpa dirancang.

“Ada anak ni penat dia Allah sahaja yang tahu, bukan tak bersyukur tapi memang rezeki masing-masing… best juga kalau berdua je pun.

“Tak apa, jalan berdua dengan suami dulu, bahagia cara sendiri. Jangan pening kepala pasal mulut tempayan, insyaAllah ada rezeki tu nanti.

“Saya percaya goal setiap perkahwinan bukanlah untuk ada anak tetapi saling mencintai sehingga ke akhir hayat,” ujar beberapa warga maya.

Sumber:MSTAR