“Terus berdoa, meminta dan reda, yang lalui sahaja akan faham”penantian 19 tahun, suami isteri akhirnya dikurnia rezeki anak sulung.

Penantian 19 tahun, suami isteri akhirnya dikurnia rezeki anak sulung. ‘Terus berdoa, meminta dan reda, yang lalui sahaja akan faham….’

Menerusi sebuah video di TikT0k, pengguna dikenali @anakmuharom berkongsi dia dan isteri amat bersyukur dan teruja kerana hasrat mempunyai anak sendiri dikabul ALLAH pada 29 November lalu.

Ujarnya, mereka suami isteri telah menempuhi banyak dugaan hidup sepanjang 19 tahun bersama.

Namun dia dan isteri tidak sekali pun berasa putus asa sebaliknya, terus berdoa dan reda dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya.

“Cerita setiap orang tak sama. Pengalaman pun tak sama. Cepat dan lambat, semua kerja ALLAH.

“Kita terus berdoa, meminta dan reda dengan setiap yang dah tertulis.

“19 tahun bukan sekejap, yang lalui sahaja faham,” kongsinya.

Baca juga 5 bulan hamil bayi dalam kandungan kecil dari usia, Aisyah Hijanah minta beri ruang. ‘Doakan semuanya baik-baik’

Dalam hantaran yang sama, dia juga berterima kasih kepada orang ramai kerana tidak hentikan mendoakan kebahagiaan mereka terutama untuk mendapatkan zuriat sebagai penyeri hidup berumah tangga.

Malah, ia juga berkat daripada doa orang ramai yang pernah mereka bantu selama ini.

“Alhamdulillah, ALLAH dengar doa-doa kita. Mungkin juga bukan doa kami, mungkin doa orang yang kita bahagiakan, doa orang yang kita belanja makan, dia anak-anak yatim dan doa orang yang kita bantu tanpa sedar,” ujarnya.

Difahamkan pasangan tersebut dikurniakan seorang bayi lelaki yang comel dan sihat.

Menjengah ruangan komen, rata-rata wrga maya turut tumpang gembira selain berkongsi pengalaman yang sama sebelum dikurniakan rezeki zuriat setelah lama berkahwin.

Moga kisah suami isteri ini dapat memberi semangat buat pasangan lain yang belum diberikan rezeki cahaya mata.

Sumber: TikT0k

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *