Suami Hidap Penyakit Ibarat Hilang Sebelah Kaki , Isteri Sihat Dan Ceria Tiba-Tiba Mningg4l Mengejut Selepas 3 Hari Demam.

Dirinya nampak sihat dan lincah, lelaki ini sama sekali tidak menyangka isteri kesayangan akan terlebih dahulu dijemput Ilahi, apatah lagi pemergiannya berlaku secara mengejut.

Berkongsi detik sebelum isterinya, Noor Azlina Jaafar, 45, menghembuskan nafas terakhir, Muhammad Basir Abu Bakar berkata segala-galanya bermula apabila wanita tersebut diserang demam.

“Allahy4rhamah diserang demam dua hari sebelum itu. Pada hari ketiga, demamnya makin t3ruk disertai muntah dan cirit birit.

“Kami ke klinik pada pukul 1 pagi untuk ambil ubat dan dapat surat rujukan untuk ke hospital. Kami pulang ke rumah dahulu dan ke hospital pada pukul 8 pagi keesokannya.

“Ketika itu Allahyarhamah dalam keadaan agak lemah kerana cirit birit dan muntah. Petang hari yang sama, dia WhatsApp memaklumkan sudah dapat masuk wad.

Allahyarhamah meninggalkan seorang suami dan tiga anak berusia antara lapan hingga 13 tahun.

“Saya dan anak ke hospital untuk hantar baju dan barang keperluan. Anak saya yang naik wad dahulu, sementara saya tunggu giliran nak melawat di bawah.

“Anak beritahu, ibunya ke tandas untuk ambil sampel air kencing dan tiba-tiba pengsan di dalam tandas. Doktor bertungkus lumus beri bantuan pernafasan namun isteri saya tak dapat diselamatkan,” katanya sambil menambah, isterinya meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Noor Azlina yang menghembuskan nafas terakhir pada 17 Oktober lalu merupakan bekas jurufoto Kumpulan Utusan, manakala Muhammad Basir yang merupakan bekas wartawan turut bekerja di bawah bumbung yang sama, sebelum ini iaitu akhbar Kosmo.

Kedua-duanya tergolong dalam lebih 800 pekerja Kumpulan Utusan yang diberhentikan selepas syarikat itu diisytihar bankrap pada 2019.

Saya yang menghidap penyakit… namun dia yang tinggalkan saya dahulu. Memang terasa sangat kehilangannya.

Muhammad Basir menambah, selepas syarikat gulung tikar, dia dan isteri berniaga secara kecil-kecilan untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga termasuk tiga anak berusia 13 tahun, 11 tahun dan lapan tahun.

Antaranya seperti menjadi ejen pewangi kereta, menjual burger, makanan dan kini menjadi ejen kereta sewa.

“Semuanya kami buat berdua… arwah sentiasa ada di samping saya ketika berniaga hinggalah teman saya ke hospital apabila ada check-up kerana saya menghidap masalah jantung injap sempit dan sleep apnea (kerap berhenti bernafas ketika tidur).

“Saya yang menghidap penyakit… namun dia yang tinggalkan saya dahulu. Memang terasa sangat kehilangannya… ibarat hilang sebelah kaki sebab dialah kekuatan saya selama ini.

“Kini sayalah yang kena kuat untuk menjaga tiga orang amanah kami,” ujarnya yang menetap di Seri Kembangan, Selangor.

Reda dengan pemergian isterinya meskipun terlalu perit untuk ditelan, Muhammad Basir berkata dia bersyukur kerana terlalu ramai pihak yang prihatin bukan hanya bertanyakan khabar malah memberikan sumbangan.

Antaranya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang menyampaikan faedah dua skim iaitu Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sehingga RM2,000 yang dibayar sekali gus dan pencen penakat berjumlah RM2,567 setiap bulan bermula November ini.

“Saya berterima kasih sangat kepada keluarga, sahabat-sahabat Utusan, rakan-rakan media. Daripada urusan ketika di forensik sehinggalah urusan pengebumian, mereka ada bersama.

“Malah hingga kini pun, masih ramai yang datang ziarah bertanya khabar. Terima kasih tidak terhingga… secata tak langsung, kata-kata semangat mereka buatkan saya kuat.

“Apa yang boleh saya kongsikan, bagi yang masih ada pasangan, hargailah pasangan masing-masing, habiskan masa bersama. Kita tak tahu ajal siapa datang dulu,” akhirinya.

Sumber:Mstar , HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *