Suami Dehak4 Kepada Allah Jika Abaikan Isteri , Lebihkan Ibu Dan Beradik

T4nggungjawab suami adalah lebih berat daripada t4nggungjawab isteri. Suami dipert4nggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya.

Firman Allah SWT:

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ

Maksudnya: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bert4nggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, 

dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. (Surah al-Nisa’: 34)

Bagaimanapun suami yang mengabaikan t4nggungjawab terhadap isteri dengan melebih-lebihkan ibu dan adik-beradiknya dianggap derhaka pada Allah SWT.

Perkara itu dijelaskan oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus menerusi sesi ceramah yang disampaikannya ketika menjawab soalan salah seorang pengguna media sosi4l.

Suami Derhaka Kepada Allah Bila Abaikan Isteri

Katanya, seorang suami itu dianggap derh4ka kepada Allah atas tind4kannya mengabaikan t4nggungjawab ke atas isterinya itu.

“Hukumnya, dianggap derhaka pada Allah kerana tiada istilah lelaki derhaka kepada isteri.

Lebihkan Ibu & Adik Beradik

“Kalau suami, dia wajib menjaga anak dan isterinya, tiba-tiba dia abaikan dan maka dengan itu dia dianggap mel4nggar perintah Allah,” katanya.

Tambah Ustaz Azhar, selain menjaga keperluan keluarga, tugas suami juga perlu memastikan isteri dan anak-anaknya terhindar daripada seksaan api neraka.

“Suami kena ajar mana-mana perkara yang h4ram dilakukan, supaya isteri dan anak-anak tidak buat bagi menghindari mereka dari masuk api neraka.

“Setiap orang yang ada anak dan isteri, akan disoal tentang anak dan isteri mereka pada hari ki4mat, jadi wajib jaga semuanya jangan abaikan,” jelasnya.

Kewajipan seorang suami memberi nafkah kepada isteri dengan menyediakan nafkah asas secara umum seperti makanan, alat kebersihan diri dan seumpamanya mengikut kemampuannya tanpa perlu menyatakan secara khusus.

Suami juga tidak wajib untuk memberi wang, ini kerana nafkah yang wajib hanyalah nafkah keperluan asas yang disenaraikan oleh ulama iaitu makanan, 

lauk -pauk, pakaian, alat mandian, perkakas rumah, tempat tinggal dan pembantu rumah bagi isteri yang biasa memiliki pembantu.

Sumber: Mw ,hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *