Siti NurHaliza Biayai Kos Pemb3dahan Jantung Berlubang Arwh Anak”Kami Berhutang Nyawa”

Baru-baru ini, tular sebuah pendedahan yang dibuat oleh seorang lelaki mengenai sikap mulia penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila beliau pernah membantu membiayai kos pembedahan jantung arwh anaknya.

Mulanya nak keluarkan KWSP

Menerusi tangkap layar dikongsikan di platform TikT0k, lelaki berkenaan berkata, dia dan isteri menemui jalan buntu apabila anak mereka perlu menjalani pembedahan akibat menghidap masalah j4ntung berlubang.

Mereka kemudiannya mengambil keputusan untuk mengeluarkan simpanan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memandangkan kos pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN).

Wakil Simply Siti bantu hulur bantuan

Bagaimanapun, mereka tidak menyangka pada ketika itu hadirnya wakil daripada syarikat Siti Nurhaliza iaitu Simply Siti datang menghulurkan bantuan disaat dia dan isteri buntu memikirkan bil perubatan anak.

“Kisah di IJN pada 20 Jun 2012, anak saya perlu menjalankan pembedahan jantung berlubang. Saya di dalam bilik tafsiran bersama isteri, tak ada pilihan nak kena keluarkan KWSP sebab kos.

“Tiba-tiba wakil Simply Siti datang, terus menawarkan bantuan kewangan, kos pembed4han. Berderai air mata jatan aku,”luah si bapa.

Tak tipu, akan kenang jasa Siti Nurhaliza sepanjang hayat

Tegas individu berkenaan, pendedahan yang dimaklumkan olehnya itu adalah benar dan sangat 

berterima kasih atas sifat mulia dan kemanusiaan pelatun lagu Biarlah Rahsia membantu mereka sekeluarganya.

Ujarnya, mereka sekeluarga akan terus mengenang segala kebaikan yang dilakukan sepanjang hayat, biarpun sempat meluangkan waktu bersama anak selama tiga bulan selain sempat beraya bersama.

“Demi Allah, perkara ini benar. Terima kasih Siti. Aku kenang sepanjang hayat aku. Hanya Allah mampu membalasnya.

“Anak saya pun dah tiada, tetapi dia sempatlah berlari dan beraya.Tiga bulan dia ada bersama kami,”   

Alhamdulillah, bangga sebagai peminat

Rata-rata warganet terutama peminat turut tumpang bangga dan gembira apabila mengetahui penyanyi kesukaan mereka banyak menghulurkan bantuan tanpa perlu menghebohkan kepada umum.

Sumber: TikT0k @sitism_era