“Mungkin ada simptom yang kami tak perasan..”Jantung Azlee Senario tersumbat 99 peratus .

J4ntung Azlee Senario tersumbat 99 peratus dan kini ditempatkan di Unit Penjagaan Koronari (CCU) untuk pemantaun selepas menjalani prosedur angiografi dan pemasangan stent (tiub kecil).

Perkara itu dimaklumkan oleh isteri pelakon dan pelawak, Azlee iaitu Aslinda Ayob.

Aslinda Ayob berkata, doktor mengesahlan saluran jantung suaminya tersumbat sebanyak 99 peratus dan perlu terus menjalani prosedur pemasangan stent dengan segera.

Bagaimanapun, Azlee Senario atau nama penuhnya Muhammad Azlee Jaafar,56, dilaporkan dalam keadaan stabil selepas menjalani prosedur berkenaan.

“Alhamdulillah keadaannya stabil namun perlu mendapatkan rehat secukupnya sebelum dibenarkan pulang,” katanya.

Mengadu rasa berpeluh, dada rasa ketat

Berkongsi lanjut, Aslinda memberitahu suaminya mula menunjukkan tanda-tanda seperti berpeluh dan sesak nafas selepas selesai kerja pada petang semalam.

“Dia balik mesyuarat pukul 5.30 petang semalam. Dia rasa berpeluh, panas dan mengadu dadanya sakit rasa ketat.

“Setahu saya, dia tidak ada sakit jantung tetapi dia memang ada darah tinggi. Sudah 10 tahun ambil ubat selain masalah gout,”kongsinya.

Katanya lagi, Azlee tidak pernah lagi kena ser4ngan jantung dan berkemungkinan mereka tidak perasaan akan simptom berkenaan.

“Kadang-kadang tangannya kebas tetapi saya ingat itu simptom kencing manis,”ujarnya.

Bercerita lanjut, Aslinda memberitahu dia terus membawa suaminya ke klinik berhampiran sebelum doktor memintanya membawa Azlee ke hospital selepas mendapati keadaannya kritik4l.

“Selepas pergi ke klinik, kami sempat balik ke rumah tetapi dia memang tidak dapat menahan s4kit.

Saya telefon ambulans dan terus dia dibawa ke zon merah Hspital Sungai Buluh tetapi tak sampai 10 minit doktor minta pengesahan untuk bawa ke IJN kerana keadaannya yang membimbangkan,”kongsinya.

Terdahulu, media melaporkan ahli kumpulan Senario, Azlee dikejarkan ke IJN semalam dan disahkan mempunyai masalah saluran darah pada jantungnya.

Sumber: TikT0k