Siap Makan Dan Tidur , Peganggur Mengaku Salah Ceroboh Kediaman Nabil Ahmad.

Seorang penganggur berusia 31 tahun mengaku bersal4h apabila menceroboh rumah selebriti terkenal, Nabil Ahmad selepas membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Kejadian tahun lalu

Memetik lap0ran dari Harian Metro, Fadzril Aqmal Abdul Anif yang tidak diwakili peguam telah melakukan perbuatan tersebut pada 7.50 malam, 4 Januari 2022 di Kampung Senama Tengah.

Boleh dipenjara 10 bulan kalau gagal bayar denda

Tertvduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 442 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, tertuduh telah did3nda RM3,000 dan mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Menerusi siasatan, tertuduh telah menceroboh rumah berkenaan dengan menolak pintu, selain makan, berehat dan tidur di dalamnya.

Selepas ‘kant0i’ menceroboh rumah berkenaan, adik kepada Nabil Ahmad yang ditugaskan menjaga kediaman tersebut telah bergegas ke sana bagi memeriksa rumah tersebut.

Sumber: Hm