Shuib Meminta Watie F0kus Jadi Suri Rumah , Ke Turki Bawa Anak-Anak Selepas Bulan Madu Di Langkawi.
Pasangan pengantin baharu Shuib dan Watie t1dak merancang untuk segera memilik cahaya mata sendiri selepas sah bernikah pada malam Jumaat.
Kata Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, buat masa ini Shuib meminta dia memberi tumpuan menjaga empat cahaya mata pelawak itu hasil perk4hwinan bersama Allahy4rham Siti Sarah Raisuddin.
“Dari awal lagi dia (Shuib) dah cakap untuk jadi suri rumah sepenuh masa. Jadi saya ambil keputusan untuk f0kus besarkan anak-anak yang ada dahulu,” katanya kepada mStar.
Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, sah bergelar suami kepada Watie dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Putra Glass House, Shah Alam pada Jumaat.
Bercakap lanjut Shuib memberitahu buat sementara waktu dia lebih senang membiarkan ibunya menjaga anak b0ngsu iaitu Ayash Affan yang kini berusia 2 tahun.
Tambah pelawak dan penyampai radio Suria FM ini, dia tid4k mahu isterinya itu terlalu sibuk bekerja sehingga t4nggungjawab terhadap anak-anak terab4i.
“Saya ada beberapa projek perniagaan dan mungkin akan melibatkan isteri. Tetapi sepenuhnya dia harus beri f0kus kepada keluarga. Saya tak mahu dia sibuk sampai anak-anak terab4i.
“Uwais (anak sulung) sekarang ini dah nak masuk usia remaja. Dia perlukan perh4tian kedua ibu bapa,” ujarnya.
Hasil perkahwinan sebelum ini Shuib dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2 tahun.
Ini adalah yang terbaik untuk saya dan isteri. Syukur semuanya berjalan lancar dan tetamu gembira di majlis kami
Melu4hkan rasa syukur majlis berjalan lancar, Shuib juga tidak menyangka banyak pihak yang tampil untuk bekerjasama sebagai penaja memeriahkan acara yang dirancang sederhana itu.
“Mula-mula memang rancang sederhana sahaja, namun dalam perjalanan menguruskan majlis banyak rezeki masuk untuk menaja.
“Ini adalah yang terbaik untuk saya dan isteri. Syukur semuanya berjalan lancar dan tetamu gembira di majlis kami,” jelasnya.
Untuk rek0d, majlis pernikahan bertemakan dusty pink itu mendapat tajaan bernilai RM1.7 juta termasuk barang kemas.
Sementara itu, pas4ngan memilih Pulau Langkawi, Kedah sebagai destinasi berbulan madu sebelum sekali lagi akan bercuti bersama anak-anak di Turkiye.
Sumber:Mstar