“Alhamdulillah” Sheila Rusly kongsi video bakal menantu lafaz syahadah peluk agama Islam

Sheila Rusly kongsi video bakal menantu melafazkan dua kalimah syahadah apabila memeluk agama Islam.

Menerusi perkongsian yang dibuat olehnya di media sosi4l, dia sekeluarga terlihat sebak apabila menyaksikan momen cukup mengharukan itu.

Dalam video yang dikongsi, Sheila dan suami, Jinggo atau Azman haji Yahya serta anaknya, Luth Mikhail hadir berbusana serba hitam di masjid bagi menemani Beatrice Chitra mengucap dua kalimah syahadah dengan bimbingan seorang ustaz.

Beatrice juga dilihat tidak dapat menahan sebak sewaktu selesai mengucap dan sah bergelar seorang muslim.

Selebriti itu juga terus memeluk bakal menantunya dan bersyukur atas hidayah yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai di Instagram apabila masing-masing meluahkan rasa syukur diatas kehadiran saudara baru bakal memantu kepada selebriti berkenaan.

Mereka juga mendoakan agar Beatrice Chitra terus mendapat perlindungan daripada Allah S.W.T dan urusannya bersama Luth Mikhail dipermudah.

Sekadar info, Sheila Rusly dan Jinggo mempunyai dua orang cahaya mata lelaki, Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.

Uzair telah mendirikan rumah tangga dengan aktres cantik Elisya Sandha pada Ogos 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada Jun 2022 yang diberi nama Bunga Elhaq.

Sumber: Ig