“Setiap Sudut Mengingatkan Saya Pada Dia” Kilafairy Beli Rumah Sebelum Umur 30 Tahun,Tapi Lebih Selesa Menetap Di Kediaman Arwh Ibu.

Sudah dua tahun memiliki kediaman sendiri, penyanyi dan pelakon Kilafairy bagaimanapun berkata dia lebih selesa untuk terus menetap bersama keluarga.

Kata Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 31, dia lebih seronok sentiasa berada di samping ibunya semasa arwh Rohana Jalil masih hidup dan menghabiskan masa bersama keluarga.

Kilafairy bersama kakaknya, Shakira (kiri) dan Allahy4rham ibunya, Rohana.

“Dua tahun yang lalu, saya membeli rumah ini kerana salah satu aspirasi saya adalah untuk memiliki kediaman sendiri sebelum mencecah usia 30 tahun.

“Saya mengubahsuai dan rumah ini kelihatan menakjubkan… bagaimanapun saya hanya sempat tinggal di sana selama dua kali kerana saya sangat terikat dengan Mama.

“Akhirnya saya membuat keputusan untuk menyewakan rumah tersebut, tetapi Alhamdulillah ia diuruskan oleh penyewa yang bertanggungjawab,” katanya.

Kilafairy berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dua tahun yang lalu, saya membeli rumah ini kerana salah satu aspirasi saya adalah untuk memiliki kediaman sendiri sebelum mencecah usia 30 tahun

Menerusi perkongsian yang dibuat, kediaman milik pelakon filem Karak itu dilihat berkonsepkan moden minimalis dengan memilih rona putih sebagai tema.

Kilafairy turut melu4hkan rasa rindu untuk menetap di kediamannya sendiri, namun menyifatkan dia lebih merasai kasih sayang dan selesa apabila tinggal di rumah keluarga.

Tambahnya lagi, rumah berkenaan menyimpan seribu kenangan yang mengingatkannya kepada Allahy4rham ibu.

“Kadang kala saya rindu untuk tinggal di rumah saya sendiri tetapi kasih sayang dan keselesaan yang saya rasai di rumah mama tidak ternilai.

“Di sinilah saya dibesarkan, di mana saya mempunyai banyak kenangan dan di mana saya rasa paling selamat dan disayangi.

Shakila berjaya memiliki rumah sendiri sebelum usia 30 tahun.

“Setiap sudut rumah mama mengingatkan saya kepada dia… jika rumah yang saya diami sekarang ini mempunyai hati, ia merupakan hati mama,” katanya.

Untuk rekod, Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil mningg4l dunia pada 20 Jun lalu akibat kebocoran usus.

Rohana menghembuskan nafas terakhir di Hspital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sumber:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *