Setia Support Kerjaya Suami , Farhana Isteri Kepada Bell Ngasri Ini Penulis Skrip Dan Ibu Kepada 3 Anak.

Nur Farhana ialah isteri Bell Ngasri sebagai isteri yang setia menyokong kerjaya suami. Jarang berkongsi kisah peribadi kepada umum, pasangan ini bagaimana pun kian matang melayari alam perkahwinan yang menginjak usia 16 tahun.

Kebelakangan ini nama suami tercintanya menjadi bualan hangat peminat seni tanah air, tak dinafikan Nur Farhana Mahamad Fauri atau dikenali sebagai Sha turut tidak terkecuali

menjadi perhati4n umum.

Ini selepas Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri yang sinonim dengan watak Barkoba menerusi filem box office 18 Puasa tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 35).

Sebagai isteri, Sha turut berkongsi kemeriahan peminat mengundi suami tersayang di media sosi4l miliknya dan tak menyangka populariti Bell melonjak naik ketika ini.

Yang pasti, Sha bukan calang-calang wanita kerana dia juga bekerjaya dan berpengalaman dalam industri seni. Pendek kata, ibu tiga anak ini ialah orang kuat di belakang tabir.

Dia merupakan penulis skrip dan menghasilkan banyak karya hebat. Antaranya menerusi drama Titian Cinta, Honey-moon, Risik Pada Hati dan Mr Bibik.

Melihat penampilan isteri Bell Ngasri ini yang anggun berhijab, penyayang dan bersederhana membuatkan sesiapa saja selesa bekerjasama dengannya. Sebagai ‘orang produksi’ tentunya Sha lebih memahami kerjaya suami tersayang yang sudah lebih tiga dekad berada dalam industri.

Bahkan adik-beradik Bell iaitu Naszeli Ngasri, Datin Anne Ngasri dan Darling Ngasri juga merupakan pelakon.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2007. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nasfazril berusia 15 tahun, Nasfarisya kini berumur 13 tahun dan Nasfazira, lapan tahun.

Sumber:hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *