“Setakat Satu Dua Bungkus Takkan Tak boleh?”Siap Bawa Bekas , Makcik Bertekak Dengan Pekerja Katering Nak Tapau Lauk Kenduri.

Sikap segelintir individu yang suka membungkus atau menapau makanan di majlis kenduri bukan sesuatu yang asing.

Agaknya makanan yang dihidangkan sedap-sedap belaka, maka teringin pula untuk membawa ‘bekal’ pulang ke rumah.

Namun situasi seperti itu kebiasaannya berlaku di penghujung majlis bagi mengelakkan makanan yang masih berbaki dibiarkan membazir atas keizinan tuan rumah.

Bagaimanapun lain pula yang terjadi pada satu majlis kenduri ini apabila seorang wanita begitu berani mahu mengambil makanan untuk dibawa pulang ketika majlis belum bermula.

Menerusi satu perkongsian video di TikT0k, kelihatan wanita itu berkeras meminta pekerja katering membungkuskan lauk untuknya.

“Masa tengah rakam video lauk pengantin, tiba-tiba dengar kecoh-kecoh pasal ni,” demikian menurut keterangan video berdurasi 44 saat itu.

Individu yang berkongsi video itu bagaimanapun tidak menyatakan lokasi dan bila kejadian berlaku.

Menurut individu tersebut, sesi bertik4m lidah itu berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi dan majlis masih belum bermula.

Jelasnya, tuan rumah menggunakan khidmat katering yang tentunya sudah membuat tempahan lauk mengikut jumlah tetamu yang dijemput.

“Dah makan, nak bungkus pula. Dah la kenduri ni guna katering,” katanya.

Malah d4kwanya, wanita itu cuba memberikan alasan bahawa tuan rumah telah menanggung segala kos khidmat katering untuk para tetamu.

“Mereka kan dah bayar, tak akan satu bungkus pun tak boleh tapau? Makcik nak dua, tiga jenis lauk je,” kata tetamu berkenaan.

Perkongsian yang tular di media sosi4l.

Bagaimanapun, wanita itu tetap mendes4k meminta supaya lauk kenduri dapat dibungkuskan untuk dibawa pulang.

Dalam rakaman itu, kelihatan dua pekerja katering bersikap tenang dan memaklumkan untuk berbincang dengan pengurus mereka terlebih dahulu.

“Tak boleh makcik, kalau majlis nak berakhir tu boleh la juga kami nak bungkuskan.

“Kami tak boleh buat sesuka hati. Makcik pun duduk di sini lama, kami boleh tapaukan akhir-akhir nanti. Kalau tak, nanti apa-apa berlaku, kami yang akan kena,” jelas pekerja.

Kalau aku pergi kenduri, jangankan nak tapau… nak makan lebih pun malu.

Tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan, tetamu wanita itu masih berkeras supaya permintaannya dipenuhi.

“Tak kiralah, beritahu kat pengurus. Makcik nak juga lauk ye,” ujar wanita itu lagi mendesak.

Bagaimanapun tidak dipastikan sama ada permintaan tetamu wanita untuk dibungkus lauk kenduri dipenuhi atau tidak.

“Nanti kami beritahu pengurus ye, makcik. Tapi sekarang tak boleh. Sebab awal-awal,” jelas pekerja di akhir video.

Antara komen net1zen.

Di ruangan komen menerusi video yang meraih lebih 1.2 juta tontonan itu, rata-rata net1zen terkejut dengan sikap mendesak tetamu wanita berkenaan yang mahu menapau lauk kenduri.

“Selamba nak bungkus lauk, majlis tak mula lagi.

“Kalau aku pergi kenduri, jangankan nak tapau, nak makan lebih pun malu,” komen net1zen.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menapau makanan kenduri adalah harus sekiranya mendapat keizinan daripada tuan rumah atau tuan majlis.

“Begitu juga, pada setengah keadaan, adat kebiasaan setempat atau sebarang petunjuk lain membenarkan perbuatan menapau makanan.

“Namun, sekiranya tidak mendapat keizinan daripada tuan majlis atau adat setempat menunjukkan perbuatan tersebut tidak dibenarkan meskipun untuk kuantiti yang sedikit, maka hukumnya adalah haram,” katanya.

Sumber:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *