Serina Tidak Pernah Lupa Tanggungjawab Sebagai Ibu , Setiap Kali Datang KL Pasti Jumpa Anak-Anak.
Biarpun tidak mendapat hak penjagaan anak-anak, pelakon Serina Redzuawan masih lagi menunaikan t4nggungjawab sebagai ibu dengan meluangkan masa bersama dua anaknya iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.
Serina, 40, berkata perasaan rindu itu terubat apabila dia dapat berjumpa anak-anak setiap kali pulang ke Kuala Lumpur.
“Bila jauh di Perlis selalu rindukan anak-anakku tersayang… bila sampai KL mesti nak jumpa peluk cium mereka.
Isabella dan Tristan keluar beriadah bersama ibunya.
“Walaupun dah besar panjang mereka tetap manja dan jadi baby ibu dia selama-lamanya,” katanya.
Serina berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu.
Dalam pada itu, Serina memberitahu sudah menjadi kebiasaan setiap kali pulang ke Kuala Lumpur dia melakukan aktiviti riadah bersama anak-anak.
Kali ini dia membawa Tristan dan Isabella bersama keluarga angkatnya beriadah di taman tema air dan menonton wayang.
“Movie time dan playdate bersama Tristan, Isabella dengan keluarga kakak angkat saya, kak Suhaila… Best enjoy sangat dapat berkumpul ramai-ramai.
“Sekejap saja masa berjalan, besar panjang dah anak-anak. Terima kasih kak Su nanti kita bawa anak-anak pergi mandi-manda pula okay,” ujarnya.
Pada 26 Ogos 2020, Mahk4mah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan Serina mendapat hak penjagaan kekal terhadap Isabella sementara Gavin mendapat hak penjagaan kekal terhadap anak sulung lelaki mereka, Tristan.
Serina meng4kui sering merasa rindu terhadap anak-anak.
Bagaimanapun pada 9 Februari lalu, mahkamah memerint4hkan hak penjagaan kekal Isabella itu diberikan pula kepada bekas suaminya, Gavin atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar.
Peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Gavin berkata, mahk4mah memutuskan demikian selepas menemu bual Isabella mengenai pilihan mahu tinggal bersama ibu atau bapa.
Sebahagian al4san yang diberikan Gavin untuk mengubah hak jagaan berkenaan adalah disebabkan Serina sudah berkahwin dengan lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengan anak kedua itu.
Gavin juga mend4kwa Serina kerap berpindah tempat tinggal dan kini berhijrah ke Kangar, Perlis sekali gus menyuk4rkan wanita berkenaan menjalankan t4nggungjawab memelihara keselamatan Isabella.
Serina bagaimanapun enggan memberi keterangan lanjut berkenaan isu anak-anak kerana mengh0rmati mahkamah dan perlu mengikuti perint4h injunksi.
Serina kini merupakan isteri kepada Meor.
Untuk rekod, Serina mendirikan rumah tangga dengan Gavin Edward O’Luanaigh pada 1 Januari 2010 namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling, Selangor pada 1 Ogos 2017.
Hasil perk4hwinan itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Tristan, 13, dan Isabella, 12.
Serina kemudiannya berk4hwin dengan Meor pada April 2021 dan masih belum dikurniakan cahaya mata.
Sumber:hm