Serina Redzuawan Akui Tak Dapat Tahan Air Mata”Hati Ibarat Kaca J4tuh Berkecai Ke Lantai”

“Semalam, hati saya ibarat kaca j4tuh berkecai ke lantai bila dengar pesanan papa memberitahu ada kanser limfoma. Memang sedih, saya tak dapat tahan air mata dan menangis sepuasnya,” 

begitulah perasan Serina Redzuawan, 40, selepas bapanya yang juga cef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Cef Wan, 66, disahkan menghidap kanser limfoma semalam.

Serina menerusi hantaran di Instagram berkata, dia tahu itu ujian Allah untuk bapanya dan mereka sekeluarga.

“Allah maha baik dan pilih papa. Sebab papa adalah insan berhati mulia, selalu bantu dan ceriakan hidup orang. Papa selalu bantu ahli keluarga dan adik-beradik. Syukur, Alhamdulillah,” tulisnya.

Serina berkata, bapanya reda atas ujian penyakit yang diterima.

“Papa reda dan tenang terima ketentuan ini. Saya bangga dengan papa! Insya-Allah sakit tanda Allah sayang, cuci dosa dan menaikkan darjat sebagai manusia.

“Ingat papa, kami semua ada, Rina, Aidid, Tristan, Isabella, Riz, adik-beradik, sahabat dan peminat semua sayangkan papa. Kami akan doakan papa kembali sihat. Terus kuat,” katanya.

Serina juga berharap orang ramai turut mendoakan kesembuhan buat bapanya dan kekuatan untuknya melawan kesakitan.

Semalam, Cef Wan mengesahkan dia menghidap kanser limfoma menerusi satu hantaran di Instagram.

“Doktor memaklumkan saya mempunyai peluang antara 70 hingga 80 peratus untuk sembuh. Kanser ini mungkin masih berada pada peringkat awal memandangkan saya masih sihat dan tidak mengalami sebarang simptom.

“Saya bakal melakukan imbasan Tomografi Pancaran Positron (PET) untuk melihat sama ada kanser itu ada merebak ke organ-organ lain,” katanya.

Menurutnya, doktor juga akan memulakan kemoterapi yang mungkin mengambil masa selama 13 minggu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan yang baik-baik buat Chef Wan. Malah, tidak lupa juga mereka memberi semangat untuk terus kuat menghadapi ujian ini.

Sumber : Ig Serina