Serah anak kepada petani sebab hidup mi$kin, Elly Sugigi ditawar RM77,000
PELAKON dan pelawak Elly Sugigi membuat pendedahan pernah menyerahkan anaknya kepada sepasang petani gara-gara hidup mi$kin dan tidak mampu untuk membesarkan kanak-kanak tersebut.
Kata Elly atau Elly Suhari, 52, keputusan tersebut dibuat kerana pernikahan dengan bekas suami itu tidak direstui oleh bekas mentuanya ketika itu.
“Hidup saya sangat mi$kin sehingga ada se0rang anak saya serahkan kepada orang lain.
“Waktu saya hamil anak itu juga susah kerana perkahwinan saya dengan bekas suami tidak direstui keluarga,” katanya.
Elly bagaimanapun tidak menjelaskan anak tersebut hasil dari perkahwinan mana kerana dia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak lima kali.
Tambah Elly dia juga pernah ditawarkan wang berjumlah Rp250 juta (kira-kira RM77,000) oleh seorang individu lain yang mahukan anak tersebut.
Pendedahan Elly buat ramai terkejut.
“Ketika hamil lapan bulan sudah ada yang mahukan anak itu. Ramai yang menawarkan duit seperti menjual anak sendiri.
“Malah ada yang mahu beri RM77,000 dan sebuah rumah selepas anak itu dilahirkan. Tetapi saya tolak kerana masih tahu hukum agama.
“Saya hanya menerima wang untuk membeli jamu buat rawatan selepas bersalin,” jelasnya.
Sumbar; Mstar